Tuesday, August 01, 2006

Teater Monolog

30hb Julai - Saya dan ayah mencari ruang masa menonton teater Alur Sesat di Balai Seminar Dewan Bahasa Pustaka Wilayah Selatan(DBPWS). Beberapa bulan lepas, menonton teater oleh grup teater Red Cactus juga dengan kerjasama DBPWS, berjudul Kahwin Lagi. Saya kagum melihat kesungguhan grup-grup teater ini; Kesuma-i dan Red Cactus dan usaha-usaha yang dilakukan DBPWS untuk mengangkat teater agar dekat dengan masyarakat. Saya percaya kesungguhan mereka, malah grup-grup teater yang ada akan terbalas juga dengan satu bentuk kesan yang muluk untuk masyarakat.

Malam itu, sempat bertemu singkat dengan rakan-rakan teater yang aktif menghasilkan karya untuk dipentaskan; Yus, Affix dan penggiat teater, En.Razif. Juga rakan penulis, Cikgu Azhar Salleh. Dan Pegawai Perancang Bahasa yang aktif menulis puisi sekarang, En.Rusdi Abd Rahman.

Di sisi lain sebagai peminat seni dan sastera, saya sering melihat kesan pementasan dari sudut positif; malah sering juga menyuntik idea-idea baru untuk digarap dalam bentuk penulisan. Tahniah kepada DBPWS atas usaha-usaha dan kerjasama itu. Semoga tekal membentuk peminat baru teater di kalangan generasi muda.

–-> Terima kasih En.Zulkifli Khair berkongsi pengalaman & menyuntik semangat baru dalam perjalanan pulang Ayer Keroh- Serkam Dua – Larkin.

2 comments:

Anonymous said...

Alamak terlepas lagi pogram DBPWS. Saya juga kongsi pengalaman tuan. Mafhum kata George Bernard Show, kalau kita saling tukar epal hanya dapat satu epal jua, tapi kalau saling tukar idea dan pengalaman, kita dapat 2 idea dan pengalaman. Hayatul ilmu bilmuzakarah. Bukan senang bersembang walaupun duduk bedekatan!

Anonymous said...

WB Rendra,
Terima kasih atas kehadiran dan sokongan anda terhadap pementasan teater monolog DBPWS yang kali kelima ini serta teater monolog yang sebelum ini.

Selagi ada kemampuan daya,usaha dan peluang saya akan terus bergerak untuk apresiasi sastera di Johor. Maaf jika ada kurang selesa menontonnya di Balai Seminar DBPWS.... begitulah adanya ruang kecil di situ dengan pelbagai halangan 'sempit' serta 'tiang seri' yang ada.

Teruskan komitmen Wahyu utk turut dlm program sastera DBPWS tidak kiralah apa jua genre yaa...

O.K. Terima kasih.

rar/dbpws