Friday, September 15, 2006

Pertandingan Lagu Puisi Berkumpulan Johor 2006

Meriah dan gemilang majlis pertandingan lagu puisi anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan(DBPWS) kali ini. Dengan jumlah penonton yang ramai - memenuhi Dewan JOTIC, Johor Bahru. Menggambarkan lagu puisi kini mendapat tempat yang baik di hati masyarakat.

Ucapan tahniah harus diberikan kepada DBPWS atas kesungguhan penganjuran pertandingan ini. Dengan konsep baru yang banyak kelainan, serta penyertaan peserta yang menyegarkan, pertandingan kali ini tampak perubahannya. Malah pemilihan pengacara, Sdr.Azimin Daud dan Sdr.Linda – kedua-duanya penyampai di slot rancangan Citra terbitan DBP di saluran Klasik Nasional FM adalah bersesuaian dan secocok.

Begitu juga bacaan puisi oleh SN Datuk A.Samad Said, serta persembahan oleh Julfekar dan Farawahida yang menguja penonton untuk terus setia menanti ke hujung majlis. Kali ini kumpulan Panorama menjuarai pertandingan dengan lagu puisi Main Diam. Syabas!

Nota : Diharapkan semoga rancangan Citra terbitan DBP (seperti Citra Sastera & Citra Bahasa) di Klasik Nasional diteruskan penyiarannya seperti dahulu sewaktu Nasional FM. Banyak maklumat tentang bahasa, sastera dan lagu-lagu puisi yang disiarkan dapat membantu proses pengembangan ilmu dan penulisan.

1 comment:

Anonymous said...

Wahyu,

Berbanyak terima kasih atas kesudian menulis sedikit berita PLPB Johor 2006 dalam blog anda ini.

Selagi ada daya dan keupayaan (tenaga dan peruntukan belanjawan)saya akan terus menggerakkan program-program sama ada berbentuk ilmiah, separa ilmiah, apresiasi, persembahan dan sebagainya sebaik mungkin untuk pelbagai khalayak untuk 3 bulan terakhir 2006 dan tahun 2007.

Sokongan khalayak amatlah penting dan berharga buat kami di DBPWS.

Sekian, terima kasih.

rar/dbpws.