Saturday, September 16, 2006

Sajak : Sayang, Kita Pernah Berfikir Bersama
(mengingati Kongres Persuratan Melayu ke III, 1956)

i
Sayang,
pernahkah terfikir
kita berdiri di atas peterana
semerbak setanggi
diiringi ritma jatidiri
lantas menari sambil
menjunjung budaya sendiri.

Sayang,
pernahkah terfikir
kita berlari-lari di atas podium
kencana kemenangan
sambil menggalas pertuturan kata
dan bahasa sendiri,
kemudiaan kita senyum gembira
bangga dengan apa yang terjadi.

Sayang,
pernahkah terfikir
kita menyusun budi bahasa
kita mengukuhi letak agama
membina istana dan mahligai tamadun
bangsa – agar menjadi
sejarah, panduan dan kebanggaan nusa.

ii
Sayang,
pernahkah terfikir
bahasa dan bangsa kita
suatu ketika menjadi contoh
seluruh jagatraya.

Sayang,
pernahkah terfikir
kita boleh mengulangi
sejarah indah itu,
jika itu kita mahu dan fikirkan, sayang.

Johor Bahru.
(10 Sept.2006, Mingguan Malaysia)

2 comments:

Serunai Faqir aka SF said...

emmm tah bila baru sampai JB saya ini ...

mohamadkholid said...

apa susah, naik bas - bayo je tiket. Sdr Rendra tentu setuju jadi tourist guide