Monday, December 18, 2006

Tentang Telinga Kanan [versi ulangan]


“MINTA maaf, ya. Boleh saya tanya. Kenapa telinga awak?”
“Kesiannya telinga kanan dia. Kenapa tidak bedah?” betik hati seseorang yang mungkin baru pertama kali bersua muka dengan saya. Sama ada dia yang bertanya, atau saya yang dapat mendengar isi hatinya berkata-kata.
***
KELOID adalah sejenis penyakit kulit yang akan membesar kesan sesuatu jahitan atau impak kemalangan. Ianya bergantung kepada kekuatan kulit atau alahan kulit seseorang. Saya di antara yang dipilih oleh-Nya!Saya terlibat dalam kemalangan jalanraya pada tahun 2000 yang meragut nyawa kereta. Seperti diberi kekuatan atau memungkinkan satu hikmah yang sangat besar oleh-Nya – jika melihat keadaan kereta, saya mungkin tiada lagi. Terima kasih Tuhan atas ruang dan peluang yang Kau berikan.

Keloid di telinga kanan ini adalah kesan jahitan kemalangan tersebut; telinga saya koyak sedikit ketika itu. Kini, kadang-kadang ia akan berdenyut. Kuat. Sakit sangat (mungkin minta perhatian). Dan ia akan berdenyut pada bila-bila masa sahaja.
***
Selepas ini, jika ‘terjumpa’ saya buat pertama kali, dia akan berkata di dalam hati - sambil mengangguk-angguk, “Oh, ini yang dia tuliskan tentang telinga di blognya tempohari.”Saya senyum mengangguk dan berkata perlahan, “Ya. Terima kasih baca blog saya.”

6 comments:

Anonymous said...

apa ulang2 ni? Hehehe

Anonymous said...

Tentu kisah ini mendatangkan kesan terbesar dalam hidup awak, Rendra..

Anonymous said...

oh! sudah tahu!

Wahyu Budiwa Rendra said...

sf - kenapa, tidak boleh ulang2 eh? he..he..

anonymous - bukan sahaja terbesar, malah hidup dan terus membesar.

gitartong - ada yang belum tahu..& masih bertanyakan. he.he.

Anonymous said...

Penuh simpati-Amir

Anonymous said...

saya pula lompang gegendang sebelah kiri.

Syukur saya masih diberi kudrat mendengar suara dan bunyi.

Naimisa