Thursday, January 18, 2007

Pejuang Terakhir [Pathfinder]

SESAAT ketika (cuba) keluar dari kecamuk kerja dan rencam suasana, saya memilih untuk menonton sebuah filem ‘aksi epik terhebat’ , begitu slogan yang menguatkan lagi lakar poster. Poster menarik yang jujur secara terus memujuk perasaan untuk ingin sekali ke pawagam.

Mulanya, terasa mahu membawa adik bongsu untuk menonton sama setelah dia rasa terhibur dengan Eragon tempohari, namun 18SG menyatakan Pathfinder tidak sesuai untuk adik-adik. Lalu, saya menonton sendiri. Mencari makna di dalam ‘pejuang terakhir’ itu.

Kerana gemar dan tertarik melihat kostum klasik dan ‘viking’; pemandangan yang sangat indah dalam filem (tidak kiralah sama ada dengan teknik kamera atau bagaimanapun), gunung hijau diselimuti salji, pohon-pohon besar, destinasi sejuk itu dipanaskan dengan aksi dan adegan kejam dan ganas; menjadikan Pathfinder memuaskan dan sempurna.

Barangkali seperti di dunia realiti kini, yang zalim menceroboh negara lain yang aman damai lalu membuat huru hara tidak dihukum oleh alam dan kebaikan; tetapi tidak di Pathfinder yang zalim dan jahat tetap dihukum meski oleh bekas suku yang berdarah daging serupa, yang tidak tega melihat pertumpahan darah dan kekejaman sejak kecil lagi (Ghost).

Tidak meleret, ceritanya terus menerus dan sentiasa membuatkan audien berdebar, malah tidak sedar mungkin rasa selesa tidak mengerdip mata! Memetik kata puteri, anak ketua suku Dawn, “dalam diri manusia ada 2; cinta dan benci. Yang tidak dapat kita kawal itulah yang akan menang.” Begitu, seorang puteri meluahkan ‘sesuatu’ kepada seorang pejuang yang bertanyakan mengapa puteri itu di situ [yang tidak sepatutnya puteri berada di situ].

6 comments:

mohamad kholid said...

Lama betul saya tak masuk panggung... :-)

Anonymous said...

Ren, sebenarnya dalam dunia realiti yang zalim itu tetap akan dihukum. Malangnya umur kita pendek, belum pasti dapat saksikan hukuman tersebut. Seorang warga emas bercerita bahawa Israel wujud sejak dia zaman sekolah dan sampai sekarang makin mengganas, brutal. Namun, masanya akan tiba. Nuruddin dan Salahuddin ambil masa yang panjang untuk pembebasan al-Quds sebagai contoh.

Anonymous said...

salam wb rendra, yang saya kenal seorang pendiam. segan nak tegur jika jumpa di majlis sastera. semoga semakin gah ya karya kamu.
jemput ke weblog ummu hani di esasterawan. (www.esasterawan.com)
salam pada pakcik gunawan.

ummu hani

Anonymous said...

Akademi Sastera Siber Dua akan diadakan di Pantai Cahaya Bulan pada 9 - 11 mac 2007. Harap maklum. Jika anda berminat untuk sumbang sesuatu kepada majalah Esastera.Net sila emel sastera.net@gmail.com

Anonymous said...

Barangkali Ren harus menonton kisah Apocalypto. :)

Pawana Malam @ Ct Nur Jane Makni said...

assalamualaikum...
slm kunjung balas dr sy....
sy juga br je balik dr menonton 2 movie...setiap movie punya sentuhan rasa tersendiri dan punya impak halus nan dalam yang berbeda2 pd diri sy..i guess thts y i like watching movies so much....

jemput dtg selalu ke kamar maya sy ya...hehhe...take care..assalamualaikum..