Tuesday, April 03, 2007

Rentetan Bengkel Monodrama

Syukur, Alhamdulilah.

Akhirnya, dapat juga menyiapkan tiga buah skrip teater monodrama rentetan daripada Bengkel Teater Monodrama anjuran DBPWS bulan Disember tahun lepas, bimbingan Ketua Satu PPJ, Sdr.Amiruddin. Beliau memang tidak lokek ilmu. Banyak yang dapat dikongsi melalui bengkel itu. Cara beliau menyampaikan ilmu dan idea sangat bersahaja.

Meskipun, tiga buah skrip dapat disiapkan namun hanya sebuah skrip yang akan dipentaskan sekaligus dipertandingkan. Tidak mengapa, kerana ini ialah percubaan pertama saya. Dan tentunya langkah pertama tidak selalunya sempurna - banyak kekurangan dan kelemahannya. Namun, saya gembira kerana masih ada grup yang mahu mengambil skrip itu untuk dipentaskan.

Peringkat saringan ini akan dibuka kepada orang ramai yang berminat untuk hadir sama menonton. Skrip saya berjudul Dogma dijayakan oleh Kumpulan Grup Teater Aksi Pontian diketuai Sdr.Akob Sedek akan dipentaskan pada 21hb. April 2007(Sabtu) 8.00 malam – 8.45 malam.

Sebarang Pertanyaan Hubungi En.Rusdi DBPWS – 07 235 8802

1 comment:

Anonymous said...

Sdra. Wahyu,

Terima kasih atas pemakluman ini, jika tidak keberatan bolehlah dimaklumkan acara penuh peringkat saringan Pertandingan Monodrama pada 20 - 22 April dalam blog anda.

Sekian.

rar.