Monday, July 09, 2007


Tentang Kemuliaan dan Kesetiaan





Tentang kemuliaan sifat seorang gadis yang menyanjungi hubungan persahabatannya. Mengetahui batas sempadan sebuah persahabatan. Dia, Ardini benar memuliakan dirinya sebagai seorang wanita.


Rifqi, menerima segala ketentuanNya dengan reda. Menerima kehadiran Ardini dalam hidup sebagai surinya; Ardini yang banyak menyalakan sumbu semangat dalam dian diri Rifqi. Meski Ardini tidak dapat menyambung zuriat Rifqi, dan merelakan Rifqi untuk mencari seseorang[...] Tetapi Rifqi terlalu setia. Setia. Menjaga Ardini di sisi katil wad (?).


Jemput menghayati (jika mungkin menikmati) karya terbaru saya di akhbar Utusan Melayu Mingguan – jawi - sisipan Utusan Malaysia hari Isnin (16 Julai 2007) depan - siri kedua. Segala pandangan membina amat saya hargai.

salam.sayang.sastera.

6 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum...

Ada membaca karya baru saudara. Tidaklah dapat memberi komen apa-apa kerana perlu melihat keseluruhannya. Namun, saya menilai saudara memiliki insan-insan yang tulus di sekitar saudara.

Komen tentang "BIDADARI"
- Walau semurni manapun perpisahan, tetap melukakan.

Ummu Hani binti Abu Hassan said...

salam ren,
Tahniah! saya selalu kagumkan anda.
moga karya makin kualitas dan deras!

ummu hani

Serunai Faqir aka SF said...

Fuh ada pengkagum kamu nampaknya! hehehehe

e-episode said...

Saudara Rendra,

Kita pernah berkenalan di Bengkel Penulisan di Johor Bahru beberapa tahun yang lepas.

Saya baru jumpa blog saudara. Tahniah.

Riduan Khairi

Serunai Faqir aka SF said...

Wah ada peminat lagi nampaknya ... hehehe meh tgk lukisan black metal utk novel abg yang akan datang ni ,,, mai, maiii

zulkhair said...

Tahniah Ren, naik podium. Saya menunggu cerpen @ sajak berjudul: Aku graduan penebar roti canai! Bagi motivasi kepada adik2.