Inti : Seusai Lima Dasawarsa
(Mingguan Malaysia, 12 Ogos 2007)
(Mingguan Malaysia, 12 Ogos 2007)
KEBIMBANGAN kepada limpahan kemasukkan warga asing yang mencari kerja di tanah tumpah darah kita ini sama ada masuk secara izin atau sebaliknya, menjadi sumbu idea kepada Seusai Lima Dasawarsa. Tidak dinafikan peningkatan graf kerunsingan dan kekhuatiran di kalangan warga negara sendiri turut memuncak apabila diganggu oleh perlakuan mereka yang tidak menghormati undang-undang tanah tercinta ini.
Di sisi lain, disisipkan keresahan leluhur tentang daerah libur yang terlalu taksub dengan bedak hibur dan gincu nyanyi. Bagaimanakah nanti wajah pelapis dan pewaris bangsa lima dasawarsa akan datang? Akankah kelak mereka rancu dan keliru dimomoki comot dan celoreng bedak dan gincu itu?
Adakah seusai lima dasawarsa ini, leluhur akan turun ke tanah ini demi mengingatkan kembali agar anak watan kembali kepada roh dan akar bangsa – budaya, bahasa Melayu, agama (malah leluhur menegaskan jangan dikuarantin pegangan hidup ini).Kerana akar dan roh inilah yang pernah diserapkan ke dalam jiwa : leluhur, pendeta, pejuang bangsa, para pemikir dan cendekia demi kelangsungan sebuah negara bangsa.
3 comments:
Emmm ada ke anak bangsa kita yang mahu belajar gendang kalau di JB atau KL ni? Jawapannya ada - tapi sedikit sangat. Maknanya sedikit sangat Melayu yg mahu mempelajari seni bangsanya...
slm abg rendra..
lama ct x dtg bertandang..mungkin ini kali ke 3 kot...
anyway, barisan kata2 abg memang ada kelainannya..
reading the previous entry betul2 buat ct jelous..minat ct ke situ juga, tp entah tak ada sumbernya, maka jalan itu kelam untuk dilalui..ditambah pula dgn ke"segan"an yg tak bertempat ct ni..hehhe
Selamat menyambut ramadhan yang mulia, Ren.
:)
Moga terus lestari dalam berkarya ...
Post a Comment