Setelah beberapa tahun menunggu kelahirannya, alhamdulilah novel pertama saya telah menjengah pasaran. Di Sebalik Mentari Jingga yang merupakan judul kepada blog ini adalah karya novel sulung saya, terbitan DBP.
‘Langkah pertama, tidak selalunya sempurna...’. Oleh yang demikian, segala pandangan, saranan, nasihat sangat saya alu-alukan. Boleh juga sekiranya, saudara yang saya hormati ingin memesan naskhah ini terus daripada saya dengan harga diskaun RM18.00 (biasa RM20.00). Saudara boleh mengirim alamat dan no.telefon untuk saya hubungi ke - wbrendra@tm.net.my segala perbelanjaan pos, percuma.
SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN.
Salam sayang sastera,
Ren.
:: disebabkan masalah teknikal, gambar2 aktiviti di Sg. Johor dan kulit novel ini gagal saya muatkan.
11 comments:
tahniah Ren!
Langkah seterusnya apakah akan menduga sejarah Johor yang jauh terpendam...
TAHNIAH! Salam perkenalan daripada saya Rozlan: Sila lawat www.tintarona.blogspot.com
Tahniah Ren,
Jangan bertongkat kaki yang sudah meligat, jangan dipasung tangan yang sudah dibedung. Teruskan menulis dengan keringat dan ilmu segedung.
http://ibnuahmadalkurauwi.wordpress.com
ren..
salam tahniah dan cemburu dari saya.
dan lihat D SMJ kat meja puan rozninah minggu lepas. apa kata kita tukaq2 novel:))
ummu hani
Ren,
Terima kasih atas kiriman kad raya yang cantik tu. Siap ada gambar cover novel lagi. Tahniah! Tahniah! Gembira dengan perkembangan perjalanan kreatif Ren. Saya tunggu karya berikutnya!
Tahniah! Atas kelahiran novel sulung. Teruskan berkarya saudara.
Selamt hari raya Ren... lambat skit hantar vcd profil tu ... jgn marahhh
Rendra.. Tahniah and Syabas atas perkembangan terbaru ini. Terimalah galakan ikhlas dari Abang Yan & Kak Jee Sekeluarga..
Selamat Hari Raya...
tahniah..
salam perkenalan..
Dinda Ren,
Hang bertukang novel baru ka. Amboih sampai tak berkemas laman sesawang hang no...
http://ibnuahmadalkurauwi.wordpress.com
salam buat w.b renda
semoga terus berkarya dan memartabatkan sastera di bumi selatan..
Abdul Aziz Mohamed
pppbm johor
Post a Comment