Tuesday, September 16, 2008

Perginya Seorang Pejuang

Pada petang penghulu segala hari, 29.Ogos 2008 – telah dia kembali. Seusainya solat jumaat, dia memang sihat seperti biasa menyapa serta bertanya kalangan pegawai, imam dan peneroka; dan tiada yang menduga. Petang itu. Betapa, dia sebenarnya terlalu letih. Dan benarlah, dia pergi untuk berehat selamanya. Betapa, kami sekeluarga sangat menyayanginya dan betapa Allah lebih sayangkan dia.

Memang dia dilahirkan sebagai pemimpin dan pejuang. Sabar dan faham dengan karenah masyarakat yang jarang untuk memahami idea dan pemikirannya. Betapa, dia sangat disenangi teman-teman dengan luhur dan tulus sifat peribadinya. Tidak pernah mengharap balasan jasa. Betapa, dia bekerja untuk masyarakat sekelilingnya.

Dilahirkan Mac 1927, dari Parit Raja, Batu Pahat berhijrah ke tanah Felda di Johor Bahru ini, terlalu banyak getir duga yang ditempuhi sehingga meletakkan dia antara insan yang mempunyai sumbangan besar untuk masyarakat Felda di Malaysia umumnya. Dia – Allahyarham Hj.Mahamood Sarjono – dialah datuk saya, ayahanda kepada Bonda saya.

Al-fatihah untuk Allahyarham Hj.Mahamood Sarjono, doa wangi kami – agar rohmu dicucuri rahmat, ditempatkan di kalangan insan yang tinggi imannya.

7 comments:

Anonymous said...

al-fatehah ...

mohamad kholid said...

Tanpa kita sedar sebenarnya ramai pejuang yang tak bernama - tak didendang - tak muncul di depan pentas di khalayak. Sdr, alangkah indahnya dengan kebolehan sdr kisah pejuang spt almarhum itu dinovelkan. alfatehah & takziah...

Anonymous said...

happy belated birthday!!!!

Anonymous said...

Salam hari raya, ampun maaf dipinta juga andai ada terkasar bahasa sepanjang tahun ini.

Anonymous said...

Takhziah buat Wahyu sekeluarga... Moga dia abadi selamanya. -al-Misri

Anonymous said...

Salam sejahtera sahabatku....

sudi-sudi kiranya menjelma di laman web saya di www.jangantegur.com

Citra Delima said...
This comment has been removed by the author.