Thursday, January 29, 2009

Dewan Sastera & Tunas Cipta Februari 2009

Kulit Dewan Sastera bulan Februari; yang sangat menyingkap makna. Kata Tn.Hj. Shapiai kepada saya, gambarnya sahaja sudah seperti sebuah puisi.

Lalu, ketika kami menyelak helai demi helai halaman Dewan Sastera, kami senyum sendiri. Dan saya yang lebih gembira. Dan saya yang lebih senyumnya.



Manakala di sebelah kanan, wajah Tunas Cipta Februari. Segar! Saya dapat rasakan sesuatu yang sedang mekar di dalam resa penulis-penulis pelapis. Semoga kelak, sama kita mendakap dakar alur gerak sastera negara.

8 comments:

Azhar Salleh said...

Salam Dinda Wahyu,
Memang mengujakan kulit DS dan TC 2009 ini. Saya belum sempat melihat keluaran Februari ini. Harap-harap lebih banyak karya Dinda Wahyu dalam DS atau TC sepanjang tahun 2009 ini! Dan satu lagi, jangan lupa untuk hantar karya bagi pertimbangan HSDT yang sedang dilaksanakan.

Lumut Pagi said...

saya mencari mazhab cinta...

Hasmora said...

salam sdr Ren,
telah saya terima notis pemberitahuan oleh pos malaysia dari peti surat. rupanya tiba sebelum saya pulang bercuti. tak diserahkan mungkin kerana tiada orang di rumah. akan saya pergi ambil sendiri.. tapi sayangnya dua majalah belum menjengah petisurat itu. ye, dua majalah yang saudara ceritakan inilah.. mungkin sedang menikmati perjalanannya dari pekan dawama

Lumut Pagi said...

Salam mas rendra...
terima kasih atas informasinya..:)

Hasmora said...

Wah saudara... Makna Sebuah Kelangsungan pada halaman pertama Tunas Cipta.. tahniah..tahniah.. hehe.. mungkin saya kena hantar karya guna nama sebenar baru keluar lagi ya.. duk hantar guna hasmora, Zarif Hassan kata umur saya ni tak tembus dah guna nama pena.. memang betul agaknya..

Ahmad Nawawi Yaakob said...

wow mengancam beb... tahniah

Anonymous said...

salam singgah dinda Rendra;
terima kasih kerna sudi 'memautkan dahan' di 'pohon segar' dinda Rendra.
kanda teramat menyukainya.moga minat dibibit seghairah dan sewarasnya demi melestarikan seni sastera ibunda tercinta...

Wahyu Budiwa Rendra said...

salam teman2 seperjuangan,

kanda azhar - terim kasih dengan perhatian dan rangsangan.

sdr.lumut pagi - mazhab cinta sudah saya terbangkan ke destinasi sdr. tunggu ya..

sdr. hasmora - ya, selamat menyelami mazhab cinta. terima kasih. kadangkala - sama ada - nama pena atau nama sebenar turut memangkin siaran karya.

kanda ustaz ahmad nawawi - terima kasih, ya.

kanda ainol - terima kasih, kanda.

salam sayang sastera,
ren.