Friday, March 20, 2009

Hadiah Sastera Darul Ta'zim 2009

Tinggal kurang lebih sepuluh hari lagi, untuk penulis-penulis Johor menghantar karyanya untuk dinilai bagi Hadiah Sastera Darul Ta'zim ke-7 2009.
Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Johor Darul Ta'zim melalui Yayasan Warisan Johor dengan kerjasama Gapena, DBP Wilayah Selatan dan Majlis Kebudayaan Negeri Johor dan Persatuan Penulis Johor yang tekal menganjurkannya setiap dua tahun.


Berikut adalah antara klausa penting di dalam syarat HSDT:

2. Hadiah hanya diberikan untuk karya yang pernah tersiar atau diterbitkan sepanjang tahun 2007 dan 2008 dalam bentuk buku, majalah atau akhbar dan skrip drama yang pernah di radio, televisyen atau dipentaskan.

3. Hadiah ini terbuka bagi karya berbahasa Melayu yang telah ditulis oleh:

3.1 Warganegara Malaysia rakyat negeri Johor yang berkarya di negeri Johor, Malaysia atau luar negara, atau

3.2 Warganegara Malaysia yang bermastautin di negeri Johor sekurang-kurangnya lima tahun semasa karyanya dipilih, atau

3.3 Warganegara Malaysia yang ibu bapanya dilahirkan dan menetap di Johor semasa karyanya dipilih.

3.4 Warganegara Malaysia, sama ada warga Johor atau bukan, tetapi menulis rencana tentang pembangunan negeri Johor.(Syarat ini khusus bagi bidang Rencana Pembangunan Johor sahaja).
5. ...sebelum 30 Mac 2009 ...

3 comments:

Rusdi Abd Rahman said...

Sdra. Wahyu,

1. Selain pelbagai hadiah untuk karya kreatif yang ditawarkan, satu hadiah tentang penulisan rencana pembangunan negeri Johor (syarat dalam perkara 3.4) yang ditawarkan sejak HSDT VI 2007 juga jangan dilupakan.

2. Anda pasti akan meraih salah satu (atau dua atau tiga) hadiah dalam HSDT VII kali ini kerana banyak karya kreatif anda yang amat prolifik sama ada dalam kategori eceran dan bentuk buku yang terbit serta terserlah dalam tahun 2007 - 2008.

Sekian.

Tarbus Merah said...

Saudara Rendra,

30 Mac? Atau 30 April? Seingat saya 30 April.

Wahyu Budiwa Rendra said...

salam sdr. syafiq, ya. 30 Mac 2009.