Wednesday, February 25, 2009

Riau : Menggali Sejarah Serumpun


Syukur ke hadrat Allah, perjalanan pergi dan pulang ke Riau berjalan dengan lancar. Pemerhatian dan tugasan yang diberi selama tiga hari bersama Tn.Hj.Shapiai turut memberikan kami sedikit sebanyak input dari sana. Hari pertama kami ke Universiti Nasional Riau, Indonesia (UNRI); sehari suntuk di sana, bertemu dengan penulis dan mahasiswa UNRI. Dan syukur, kerana semalamnya(20 Februari) kami sempat mengambil masa untuk ‘berlari’ – berhampiran dengan tempat menginap - ke toko Gramedia.

Hari kedua kami ke Siak, perjalanan selama empat jam melalui ‘gelombang’ dan kerikil jalanraya; berselisih dengan lori kontena dan kayu-kayu balak demi untuk menggali semula sejarah hubungan serumpun yang pernah terjalin. Melangkah masuk ke istana ini, saya teringat filem The Last Emperor. Apabila, pelancong-pelancong masuk ke istana dan diberi penerangan tentang resah sejarah.

Dalam perjalanan pulang dari Siak, kami singgah ke rumah Pak Tenas Effendy, Budayawan tersohor yang sedia menjamu makan malam. Setiba di tempat menginap, jelas kami keletihan diasak perjalanan lapan jam penuh ‘pancaroba’.

[gambar: Tn.Hj.Shapiai, Pak Tenas Effendy dan saya]

4 comments:

Nimoiz T.Y said...

La, patut pun takde kat Johor. Gi Indon rupanya.

Lumut Pagi said...

salam mas rendra...

wah...bertemu pak tenas ya.!

Kami sudah.Tahun lepas.Beliau ke sini bertemu anak-anak Riau..

Anonymous said...

Sdra. Wahyu,

1. Seronok serta banyak pengalaman baharu yang dapat ditimba hasil kunjungan ke sana, pasti banyak ilham menulis selepas ini...

2. Lebih seronok dan menarik menaiki bas UNRI untuk ke Siak ya... hehehe... Apa2pun toko buku Gramedia di sana banyak pilihan bukunya dalam pelbagai bidang.

Sekian.

rar/

Wahyu Budiwa Rendra said...

salam -
sdr. nimoiz : ya, tugasan. (",)

sdr. lumut pagi : ya, beliau seorang budayawan yang disegani.

sdr. rar : pengalaman manis. seronok - tentu sekali, rambang mata melihat lautan buku2.

terima kasih atas titip, kunjungan dan ziarah teman2 ke sini ya.

ren.