Monday, March 30, 2009

Antologi Cerpen : Istana Cinta Ayah

Antologi cerpen Istana Cinta Ayah menghimpunkan sejumlah karya cerpen; pemenang Sayembara Mengarang Sempena 50 Tahun Merdeka. Saya sekilas terpandang antologi cerpen ini di Pusat Dokumentasi DBPWS; namun masih belum sampai di kedai Dawama, mungkin sedikit hari lagi. Turut memuatkan sebuah cerpen berjudul 'Dari Durja Daksina'.

5 comments:

Ibnu Ahmad al-Kurauwi said...

Tahniah, Ren,
Jumpa di Perhimpunan Penulis Muda

Wahyu Budiwa Rendra said...

Terima kasih, kanda ustaz.

Lumut Pagi said...

:)

singgah memberi senyum!

Rusdi Abd Rahman said...

Sdra. Wahyu,
1. Sebagai pemakluman kecil sahaja, DBPWS meneruskan kesinambungan bekerjasama dengan PENA dalam Perhimpunan Penulis Muda Malaysia (PPMM) untuk kali kedua ini.

2. Secara kebetulan pula diadakan di Melaka pada 17 - 19 April 2009 ini. Pihak DBPWS terlibat sebagai rakan kerjasama kerana Melaka juga merupakan 'negeri jajahan' DBPWS. Walaupun kerjasama DBPWS ini kecil juga sifatnya, namun kerjasama yang dipelawa oleh PENA ini besar maknanya juga kepada DBPWS bagi pengembangan sastera.

3.Yang pertama kerjasama DBPWS dalam PPMM pada 2005 di Kukup, Pontian, Johor.

Sekian.

Wahyu Budiwa Rendra said...

sdr. lumut pagi, terima kasih, saya akan membalas senyum nanti.he.

en.rusdi, terima kasih atas pemakluman. didoakan semoga PPMN 09kelak berjalan lancar sempurna.