Thursday, March 05, 2009

Mazhab Cinta di tangga ke 9

Mazhab Cinta antara 10 judul ‘buku kreatif’ yang terlaris terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Dapatan ini terkandung di dalam Majalah Dewan Siswa Mac 2009. Mazhab Cinta berada di tangga ke-9 selepas Mulai Detik Ini (di tangga ke-8) dan, manakala di tangga ke-10, Sangeetha. Di ruangan Buku itu juga terdapat ulasan tentang Kumpulan Cerpen Mazhab Cinta ini oleh Nur Azita Umar.

4 comments:

Anonymous said...

Wahyu,

1. Semakin prolifik dan terkenal anda bersama karya-karya anda...,
tahniah. Anda semakin menyerlah melalui pelbagai pihak dan organisasi lain..., sekali lagi ucapan tahniah.

2. Jika ada pihak yang menggerakkan program sastera di Johor ini melalui Citra atau badan-badan lain, bolehlah juga maklumkan kepada pihak organisasi saya ya... mungkin ada beberapa hal yang boleh memajukan lagi sastera di Johor khasnya bersama organisasi saya.

Sekian

rar/

Anonymous said...

Tahniah Ren, moga lestari terus.

Wahyu Budiwa Rendra said...

sdr rar : terima kasih di atas sokongan, inspirasi & semangat. ya, Insya-Allah untuk sastera kita.

Sf : terima kasih bang khairul. ren nak belajar berMantera (tapi yang putih).

Anonymous said...

Wahyu,

1. Terlupa satu perkara, dalam ruangan Buku Dewan Siswa Mac 2009, ulasan 'Mazhab Cinta' itu dibuat oleh rakan saya juga di DBPKL iaitu Nur Azita Umar... tahniah.

Sekian.

rar/