Monday, March 02, 2009

Proses Kreatif Mazhab Cinta di UTM


Dengan izin Allah, dan dengan keizinan diberikan tempat bertugas, YWJ Citra Holdings; saya akan memenuhi undangan pensyarah penulisan di UTM, Skudai – yang juga seorang penulis prolifik - Ustaz Hj. Zulkifli Khair (http://ideamenulis.wordpress.com/ )
untuk saya menceritakan proses kreatif Kumpulan Cerpen Mazhab Cinta kepada pelajar Penulisan Kreatif (UQP 1041) pada hari Rabu, 4 Mac 2009.

8 comments:

Azhar Salleh said...

Salam DINDA WAHYU,
Tahniah kerana melangkah setapak lagi, iaitu dalam dunia ceramah! Moga-moga idea dan pengalaman yang ada dapat dikongsi dengan khalayak yang lain. Mudah-mudahan Dinda Wahyu mampu melontarkan buah fikiran kepada peserta-peserta itu nanti. Saya doakan kejayaan Dinda Wahyu!

Wahyu Budiwa Rendra said...

Kanda Azhar yang dihormati, terima kasih atas sokongan berantaian, dan ziarah ke blog ini.

Nimoiz T.Y said...

Saya akan hadir nanti. Hahahaha.

Hafizhilmi said...

tq atas perkongsian ilmu petang tadi.. tak sempat nak berbual panjang dengan WB Ren, insyaAllah di lain masa.. saya ada komitmen mpp td, terpaksa keluar awal.. syukran jazilan

Nimoiz T.Y said...

Hafiz kena potong markah sebab keluar awal. Hahaha. Terima kasih sdr Rendra. InsyaAllah lain kali datang lagi.

Lumut Pagi said...

Salam...

'Adik-adik' saya bakal 'beraksi' membantu menjayakan sebuah teater karya Erma Fatima di Istana Budaya. Justeru, saya dengan penuh takzim, menjemput semua pencinta seni dan sekaliannya ke Istana Budaya seperti berikut:

Tajuk: Sirah Junjungan
Tempat:Panggung Sari,Istana Budaya
Jam:8.30 Malam
Tarikh:9 hingga 22 Mac 2009

Maklumat lanjut boleh dilayari di laman web berikut: www.yayasansenikarya.com

Anonymous said...

assalamualaikum..
terima kasih kerana sudi hadir dan menjadi inspirasi kami dalam meneruskan perjuangan memartabatkan arena penulisan ini..

Anonymous said...

Salam ren. Saya memautkan blogmu ke blog saya. Semoga saya dapat juga terpaut ke sini. lain kali boleh singgah lagi... :)
kak hanisah.