Friday, March 06, 2009

Salam Maulidur Rasul

12 rabiulawal
dian
dibawa -
dalam
denai
dan
renyai
hidup
manusia.
terang
tenang
pelangi.
selawat ke atas-mu,
Rasullallah.
[gambar: mimbar sebuah masjid di Siak]

3 comments:

Rusdi Abd Rahman said...

Wahyu,

Indah juga masjid itu yang terletak di pinggir sungai, termasuk makam sultannya. Katanya sungai itu begitu dalam sekali. Semoga dapat lagi ke Siak satu hari nanti.

Sekian.

Wahyu Budiwa Rendra said...

ya en.rusdi. masih terbayang mengalir lebar sungai; kembali ke tanah air, saya terkenang sungai sejarah - sungai johor dan sungai kuantan, sekembali dari kuantan. betapa sungai menyimpan dan menyirat alir rahsia.

- saya telah senaraikan blog en.rusdi di senarai panitera saya.

Rusdi Abd Rahman said...

Sdra. Wahyu,

1. Terima kasih atas usaha senaraikan blog saya dalam panitera blog anda. Saya baharu (bermula tarikh 8 Mac 2009... tarikh keramat...) dalam membikin blog atas beberapa faktor yang biasa sahaja (walaupun dunia blog wujud sejak 2005, serta beberapa rakan lain telah ada blog sendiri sejak 2006 hingga kini). Blog saya itu agak daif, kecil dan kerdil sifatnya, Insyaallah akan dimajukan lagi secara berperingkat.

2. Saya juga telah memasukkan blog MAZHAB CINTA dalam senarai blog pilihan saya sedari awal lagi.

Sekian.