Kuntum Kemboja buat Ustaz Asri
setiap hari menemani saya
mengiringi pagi ke tempat kerja
bersama mentari, burung - dia
mengajar saya mengalun
diksi-diksi suci.
setiap hari menemani saya
mengiringi petang pulang
ke halaman dan beranda
bersama mentari, burung - dia
mengajar saya mengalun
zikrullah.
semalam, dia telah pergi
namun suaranya akan terus
menemani saya
mengiring pagi dan petang
bersama mentari dan
burung-burung pulang.
- w.b.rendra
johor bahru.
4 comments:
Salam Saudara Rendra,
Hati sayu apabila mendengar lagu "Pergi Tak Kembali". Itulah hakikat... Allah tidak pernah memungkiri akan janjinya.
Sebak membaca puisi ini. Janji Allah pasti. Tidak sesaat pun akan kurang. Al-Fatihah...
salam sdr.nizar.
benar. kadangkala saya sendiri terfikir, moga2 karya yang pernah dihasilkan dapat menyumbang nilai positif; kerana ini yang akan ditinggalkan dan ditatap.
kak zura. ren buat sajak ini sejurus selepas mendapat berita pemergiannya. alunan suara dan karya beliau dekat dgn ren & benar menusuk kalbu.
Post a Comment