Friday, September 18, 2009

Tiga Naskhah Percuma

Salam ramadan kepada pengunjung blog ini.

Saya berniat untuk menghadiahkan 3 naskhah Kumpulan Cerpen Mazhab Cinta saya kepada pengunjung blog ini. Ya, di bulan yang mulia ini dan sebagai tanda syukur dan terima kasih menjelang 17 September dan 15 Syawal.

Kepada yang berminat, boleh titipkan pesan diruang komen ini dengan sebab mengapa berminat. Tinggalkan alamat emel, saya akan hubungi sekiranya berjaya (menerima senaskhah Mazhab Cinta setiap seorang). Cara pemilihannya, saya akan memilih yang pertama, pertengahan dan terakhir dari jumlah keseluruhan yang meninggalkan jejak/komen jika jumlah ganjil. Sekiranya jumlah keseluruhan genap, saya memilih mengikut nombor genap pula. Namun, jika berlaku kekeliruan, saya akan memilih berdasarkan sebab mengapa berminat. Tempohnya dari 4 September hingga 18 September 2009/2.00 petang. Tiada had untuk penyertaan. Untuk warganegara Malaysia sahaja. Teman-teman rapat dan saudara mara saya tidak dibenarkan sertai. he.he.

Nota :
Saya tidak memaparkan komen-komen peserta yang dititipkan. Hanya komen pengunjung yang tidak boleh(tidak layak) menyertai 'program' ini sahaja akan saya paparkan sebagai pemangkin penyertaan pengunjung yang lain. Tiga penyertaan dengan sebab terbaik mengapa berminat akan saya paparkan pada hari terakhir nanti. Selamat mencuba, ya!

8 comments:

FadzliAbuBakar said...

Nampaknya saya tak boleh sertai sebab dah dapat senaskhah dan telah dipromosikan juga buku itu di blog saya. Buat pengunjung di luar sana, rebutlah peluang ini. Mazhab Cinta memang best. Saya dah baca...

Rusdi Abd Rahman said...

Sdra. Wahyu,
Tahniah atas budi baik serta usaha Sdra. Wahyu untuk sumbangkan buku ini kepada pengunjung @ pembaca blog sensasi lagi popular ini. Ilmu dan pemikiran harus disebarluaskan.

Jangan seekali serta dilarang masukkan nama saya dalam pemilihan nanti ya... kerana saya sudah miliki MAZHAB CINTA ini yang istimewa lagi ketika awal-awal ditebitkan... apa yang istimewa? pastinya hadiah buku ini dan tulisan tangan Sdra. Wahyu.
Hehehe...

Md Nizar Parman said...

Salam Ren,
Apa yang saudara lakukan sesuatu yang sangat wajar untuk dicontohi. Mudah-mudahan usaha yang saudara ini akan mendapat sambutan hangat daripada audiens (saya pasti). Maklumlah, saya melihat saudara antara penulis dari Johor yang sangat prolifik belakangan ini. Syabas! (Teringin untuk memiliki antologi sendiri... hehehe) Selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.

Syarifah Salha Syed Ahmad said...

Tahniah Sdr Rendra. Satu usaha yang murni.

Azhar Salleh said...

Salam DINDA WAHYU,
Agak-agak saya boleh dapat tak? Dak aihh...acah aje! Dah tersusun di rak buku, sebaris dengan buku karya A. Samad Said, Usman Awang, Kasim Mahmud dan Zaen Kasturi. Teruskan usaha ini..teruskan. Memang ilmu dan penat lelah seorang penulis tidak seharusnya diberi secara gratis, namun sering berlaku, sedekah sebegini akan menyebabkan idea dan kekuatan bertambah luar biasa! Mungkin sehebat "fire" Ultraman Max!

ekspresi said...

salam rendra, teringin nak sertai sayembara ni. hehehe. tapi kalau beli pun tak ada masalah. lama tak jumpa ya. program seminar bahasa di j.b nanti tu turut dianjurkan jabatan saya di upsi. sayatak dapat hadir sebab isnin-rabu adalah hari penuh dgn kuliah dan tutorial. jadula sem ni padat sikit terutama isnin dan selasa. ada peluang kita jumpa lagi. teruskan menulis.

dariana said...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
سلام عيدالفطري المبارك هجرة 1430
من العائدين والفائزين
معاف ظاهير دان باطين
جمفوت كرومه ساي هاري راي ننتي
سودارامو حج عبدالهادى بن محمد سكلوارك دكوت بهارو كلنتن دارالنعيم

sajak sdr selepas ws rendra kembali ke rahmatullah cukup mengesankan. cantik benar sebab musabab nama sdr juga mirip sang merak itu. moga sdr akan dapat menyambung kalibernya.insya Allah teruskan berkreatif demi mencapai keredhaan Allah. berkarya berpahala!

tabir khaizuran said...

salam saudara wb rendra..mungkin agak terlewat sedikit..saya mmg pengumpul antologi2..harap buku antologi itu dapat memberi panduan untuk memantapkan lagi penghasilan karya kreatif saya...