Friday, September 18, 2009

Tiga yang Terpilih & Salam Syawal 1430H

Salam Syawal 1430H kepada pengunjung blog ini.

Terima kasih kepada yang sudi meluangkan masa menitip dan meninggalkan komen untuk menyertai ‘program’ yang dianjurkan. Saya menghargainya.

Tahniah diucapkan kepada tiga pengunjung yang berjaya. Panel juri memaklumkan kriteria utama yang dipilih bersandarkan ‘keaslian’ sebab mengapa berminat memiliki Kumpulan Cerpen ini (yang memuatkan 24 buah cerpen pernah disiar dan terbitkan). Saingan pengunjung yang menitip komen agak sengit. Beberapa saringan, penilaian dan pemilihan telah dilakukan untuk mendapatkan keputusan. Berikut disenaraikan tiga pengunjung yang mempunyai sebab berminat yang menjadi pilihan panel juri. Tahniah! Dan tiga lagi yang menerima saguhati (eh, ada saguhati?). Tahniah dan terima kasih diucapkan.
Tiga yang Terpilih :
1. Mendewa
Salam Ramadhan. Tahniah dan terima kasih atas niat baik tuan untuk menyemarakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat kita. Satu usaha yang cukup baik di bulan yang mulia ini. Saya sendiri tidak pernah membaca keseluruhan cerpen tuan yang terakam dalam Mazhab Cinta. Jika ada mungkin satu atau dua cerpen yang diterbitkan dalam MM atau BM. Secara jujurnya saya hanya mengenali tuan dan karya tuan lebih dekat melalui blog ini berbanding media-media lain. Mengenali karya tuan tentulah dapat menggambarkan pemikiran dan ruang kehidupan tuan. Alangkah manisnya jika MC itu dapat membantu saya mengenali tuan di sebalik karya.
2. Salleh
Salam sdr Rendra, Saya juga berminat. Sebabnya? Saya seorang yang baru dalam bidang penulisan, setakat ini cuma artikel tentang maklumat dan tips. Saya sedang berjinak-jinak dengan penulisan kreatif - cerpen dan novel. Saya belum mengikuti sebarang kursus dan hanya belajar dari sumber di internet dan mengkaji karya penulisan yang ada. Harap-harap jika saya terpilih, saya akan dapat menjadikan karya anda sebagai sumber inspirasi saya untuk menyumbang karya dengan penuh rasa tanggung-jawab.
3. A. Muziru
Sebab saya berminat dengan Kumpulan Cerpen Mazhab Cinta abang Rendra adalah kerana saya belum memiliki buku tersebut dan saya amat berharap sangat untuk memiliki buku tersebut malah saya dah masukkan tajuk buku tersebut sebgai antara buku yang wajib saya miliki. Selain itu, setelah sekian banyak saya gelintar kedai-kedai buku, saya masih belum menemui buku tersebut dijual di mana-mana kedai di samping saya belum mempunyai kewangan yang mencukupi untuk memiliki buku itu.
Saguhati :
1. Siti Suraya
2. Wardah Munirah
3. Siti
***
saya mengucapkan
salam syawal 1430 H,
memohon maaf zahir & batin.

6 comments:

Md Nizar Parman said...

Salam Ren,
Selamat Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir dan batin. Semoga kita mencicipi nikmatnya Ramadhan dan Syawal pada tahun yang mendatang.

Melihat Kesunyataan said...

Rendra,
Pada pagi 1 syawal ini saya mengucapkan salam adilfitri, maaf zahir batin.
Sesungguhnya idea untuk 3 naskah percuma kepada pengunjung blog sesuatu yang menarik dan kreatif.

Azhar Salleh said...

Salam DINDA WAHYU,
Salam Aidilfitri. Maaf zahir dan batin.

Ibnu Ahmad al-Kurauwi said...

Alamak, kanda ketinggalan kereta api la, Ren. Rugi tak sertai peraduan ni. Apa pun Selamat Hari Raya. E-mel Ren telah saya baca. Terima kasih.

Isma Ae Mohamad said...

Salam,
Jika ada bengkel penulisan sila hebah pada saya. Setakat ini belum pernah menyertai bengkel penulisan khususnya sastera bahasa Melayu.Jika yang ada pun syaratnya, adalah warga Malaysia sahaja.

Dari Patani, Thailand.

Wahyu Budiwa Rendra said...

sdr.nizar. : salam aidifitri. gembira bila dapat bersua di dbp baru2 ini.

tn.hj.shapiai : kembali, tn.hj. salam aidilfitri. maaf zahir batin. insya-Allah moga niat saya tercapai.

kanda azhar : salam aidifitri untuk kanda jua. maaf zahir batin.

kanda ustaz : tahniah dengan kelahiran PCR. menunggu kejayaan kanda seterusnya.

sdr. isma : salam sdr. isma. terima kasih berkunjung. sdr boleh ke web dbp. saban tahun dbp mengadakan bengkel. mungkin sdr boleh berhubung dgn dbp; menyatakan hasrat.