Monday, October 19, 2009

Sajak : Menghantar Pelangi Pulang

seperti semalam
seperti hari-hari semalam
seperti hari-hari berlalu
seperti minggu-minggu berlalu
seperti minggu-minggu lepas
seperti bulan-bulan lepas
seperti bulan-bulan yang pergi
seperti tahun-tahun yang pergi -
kita mengulangi semalam
seperti hari-hari semalam;
menghantar matari dan muram
menghantar pelangi dan suram
menghantar bulan dan malam
bentar bertandang dalam balam.

seperti semalam
seperti hari-hari semalam.


- w.b.rendra,
johor bahru.

(Berita Harian, 17 Okt. 2009)

12 comments:

FadzliAbuBakar said...

Seperti semalam
Kita masih bertahan
Mencorakkan hari esok

Wahyu Budiwa Rendra said...

sdr.fadzli,
masih - kita di situ
membawa kunci pintu.

N a r a t o r said...

assalamualaikum sdr.

apa kriteria sajak yang berkualiti? sy suka mengarang sajak, tp sy tak pasti sejauh mana, kualiti sajak yang terhasil.

Md Nizar Parman said...

Salam,
Tahniah Ren kerana puisi ini tersiar di BH. Malang bagi saya di Ayer Hitam ini kerana tiada bekalan BH pada hari Sabtu yang lalu. Mujur disiarkan dalam entri ini. Terima kasih.

Wahyu Budiwa Rendra said...

waalaikumusalam sdr.nashuha.
sajak merupakan sesuatu yang indah; pengalaman/perasaan/fikiran dsbnya digubah dalam bahasa yang puitis/berlapis. kita boleh membaca sajak2 penulis lain yang disiarkan sama ada di akhbar atau antologi dan kumpulan sajak untuk belajar dan menyaring kualiti sajak yang kita hasilkan sendiri. membaca dan menulis secara tekal akan dapat memperlihat, malah mematangkan kualiti sajak kita. insya-Allah. (saya jawab soalan tak? he.he.)

Wahyu Budiwa Rendra said...

salam sdr.nizar. terima kasih membaca di sini. saya juga sebenarnya puas mencari BH hingga petang, pun masih gagal. akhirnya, tn.hj.shapiai menjadi penyelamat membawa naskhah BH untuk saya pada hari isnin. terima kasih tn.hj.

Rusdi Abd Rahman said...

Sdra. Wahyu dan Cikgu Nizar,
Saya dapatkan akhbar BH Sabtu lalu pada jam 5 petang, memang agak payah pada hari pengedar utama akhbar bercuti raya.

azura said...

Rend,
kalau masih ingat kisah semalam...pasti kau tak lupa janjimu padaku! Mana MANUSKRIPMU???

Citra Delima said...

sdr. Ren, maaf terlambat ucap tahniah tentang sajak di BH. Dah baca terlupa hendak hantar masej. Kebetulan dirumah ramai tetamu berhari raya.

Wahyu Budiwa Rendra said...

en.rusdi, benar kenyataan itu. namun, mujur dapat juga menatapnya di akhbar.

kak zura, ren tak lupa. ren sedang cuba 'mengusahakannya'. tunggu ye.

tn.hj, terima kasih atas ingatan dan sokongan. ya, tn.hj kita masih dalam suasana raya.

Ibnu Ahmad al-Kurauwi said...

Ren, ada sebuah puisi lain kanda karang, jawapan kepada puisi Ren ini. :) Jemput ke blog ya.

Wahyu Budiwa Rendra said...

kanda ustaz, aduhai. bagaimana boleh ada jawapan? tentu berlaku anjakan makna ;) terima kasih, kanda.