Thursday, November 19, 2009

Antologi Cerpen Jawi : Kemerdekaan


Terima kasih kepada Ustaz Azman (Ibnu Ahmad Al-Kurauwi) yang memaklumkan tentang Antologi Cerpen Jawi Kemerdekaan di blognya. Antologi yang memuatkan cerpen-cerpen kemerdekaan karya pemenang Sayembara Penulisan Cerpen Kemerdekaan Tulisan Jawi 2007 diterbitkan Perpustakaan Negara Malaysia.

5 comments:

Unknown said...

Salam Wahyu. Tulisan jawi hanya mediumnya sahaja bukan? Kita boleh menghasilkan karya cerpen dalam bahasa Melayu atau Inggeris, kemudian tukar ke tulisan jawi. Jika ya, penulis cerpen tidak semestinya orang yang pandai jawi. Tiada kelebihan orang pandai jawi di sini. Namun, usaha menghidupkan kembali tulisan jawi memang patut disokong...

Md Nizar Parman said...

Salam Ren,
Saya berharap agar dapat memiliki senaskhah antologi ini.

Wahyu Budiwa Rendra said...

salam sdr. benar, usaha untuk menghidupkan tulisan jawi harus disokong. usaha PNM ini antaranya, agar tulisan jawi tidak dilupakan begitu sahaja.

Wahyu Budiwa Rendra said...

salam sdr.nizar. naskhah ini diberi percuma, namun agak sukar untuk memperolehinya. ren terima senaskhah kerana termuat sebuah cerpen ren. apapun, jika ren ada terima lebih kelak ren ingat sdr.nizar ;)

Ibnu Ahmad al-Kurauwi said...

Untuk makluman Tuan Said,
Tulisan Jawi tidak berintegrasi dengan bahasa Inggeris.

Tuan tidak boleh mentransliterasi hasil seni shakespeare dalam tulisan Jawi.