Thursday, April 15, 2010

Catatan Sisi Pameran Hartanah

Saya sempat meluangkan masa menemankan adik ke Pameran Hartanah di Ekspo @ Komplek Danga. Berkejar pergi waktu pagi; memang sengaja menghambat masa ketika tidak ramai orang yang datang.


Melalui pemerhatian sendiri, saya melihat secara keseluruhannya memang harga hartanah khususnya rumah kediaman di Johor semakin hari semakin ‘baik’. Baik dalam hubungan kenaikan harga. Dalam daerah Johor Bahru, saya merasakan kawasan seperti Masai, Pasir Gudang, Pulai, Kulai, Senai dan Skudai masih menawarkan harga yang kompetitif dan mengujakan. Ini bersesuaian dengan struktur, rekabentuk dan mengikut medium/kelas rumah. Saya percaya lokasi juga amat memainkan peranan dalam penentuan harga tersebut.



(gambar sekadar hiasan/sumber pelan : risalah iklan Johor Land)

Jika saya bertugas di Masai atau Pasir Gudang, tentu tidak teragak-agak untuk merisik di Taman Dahlia. Atau jika di Kulai, ada beberapa pilihan yang menggiurkan di samping pemaju yang meyakinkan.

Kawasan menghala ke Kota Tinggi (antara Johor Bahru) seperti di Bandar Dato' Onn, di lingkaran Tebrau City dan Johor Jaya, Taman Daya, Taman Gaya menawarkan harga rumah yang berbeza berbanding yang dituliskan di atas. Sesuai dengan lokasi yang strategik.

Kadangkala, tinjauan yang teliti perlu dilakukan dengan rinci dan kadangkala gerak hati pula menjadi panduan semasa membeli. Apapun hati-hati. Tips dan petua perlu dikaji; sumber boleh diperolehi daripada internet dan akhbar. Membeli rumah merupakan perkara yang bersejarah dalam perancangan hidup.

4 comments:

Maria Sharapova said...

Ehem..ehemm...almaklumlah, hidup dan nk berdua kan??? pastinya RUMAH menjadi perkara utama!

Wahyu Budiwa Rendra said...

salam kak zura.he.he.
ren suka melihat membeli rumah sebagai salah satu pelaburan jangka panjang. meskipun kadangkala, ianya cabar-menduga dan mendebarkan.

-pipeenpunye- said...

rendra...pada pendapat saya harga rumah di Johor Bahru masih murah dengan peratusan diskaun untuk bumiputera yang tinggi (15%). Jika dibandingkan dgn KL atau Penang paling tinggi harga bumi cuma diskaun 7% (purata skrg 5% je).

Alhamdulillah Shafizan tak teragak2 nak beli rumah di JB (walaupun jauh dr kampung halaman dia). Nanti saya pindah jemput dtg ek...tolong angkat brg...hehehehe...acah je.

Wahyu Budiwa Rendra said...

salam kak pipeen yang dihormati. terima kasih meninggalkan jejak di blog ren. benar kata kak pipeen tu. namun, kuasa membeli kadangkala menjadi tembok halangannya.

boleh saja, akak maklumkan je bila. ;)