Monday, July 26, 2010

BLR dan kenaikan

Seperti yang dijangkakan, apabila kadar Overnite Policy Rate (OPR) naik, kadar BLR juga akan turut meningkat. Rata-rata bank menetapkan 6.30% kadar keuntungan. Dalam sedar atau tidak pinjaman yang dibuat turut bertambah(tempoh atau nilai). Melainkan jika kita membeli dengan akad kadar keuntungan pinjaman yang tetap. Dan sebagai peminjam (mungkin) kita juga telah menyedarinya. Melihat situasi ini, kadangkala kita dapat menyerap hikmah apabila berlakunya kegawatan dan kemelesetan ekonomi pada satu-satu ketika.

Apa yang cuba saya faham, OPR akan naik sejajar dengan pemulihan(peningkatan) ekonomi. Mungkin secara konsistennya, pertumbuhan ekonomi akan selari dengan inflasi. Sebab itu, kita akan dapati duit kita menyusut. Kita boleh buat perbandingan nilai 10sen 30 tahun dahulu dengan nilai 10sen sekarang. Sewaktu di sekolah kecil-kecil dulu, 10sen boleh dapat biskut King Kong 3 keping. Biskutnya sangat keras dan berlemak. Sekarang rasanya biskut King Kong pun sudah tiada. Kerepek ‘baby’/popo. Dahulu harganya 10sen sebungkus, sekarang 20sen dan kuantitinya lebih sedikit. Ini jika diambil kira pada nilai jajan, 10sen. Belum lagi barangan lain seperti tanah, rumah dan kenderaan. Kita harus bersedia menempuhi kenaikan-kenaikan ini. Saya melihat, sewaktu kegawatan ekonomi berlaku – terbuka pula peluang-peluang pelaburan lain yang direbut bagi pemerhati dari sisi lain.

Ada baiknya kita memikirkan alternatif pelaburan bagaimana yang memungkinkan kenaikan atau pulangan selari dengan kadar inflasi. Saya terfikir ada beberapa pilihan dan tempat iaitu hartanah/rumah dan emas(cuba lihat graf harga emas lima tahun – disudut bawah kanan blog ini). Saban tahun dua item ini akan meningkat dalam jangka masa panjang. Walau bagaimanapun beberapa faktor tertentu perlu diteliti sebelum mengorak langkah selanjutnya.

2 comments:

Ampuan Awang said...

salam sahabat...

aku tertarik dengan biskut king kong. ada lagi dijual cuman jarang kita jumpa saja ;)

Wahyu Budiwa Rendra said...

salam sdr. terima kasih singgah dan menitip ziarah. oh, biskut tu masih ada ya? :)