Tuesday, July 13, 2010

‘Selamat pagi, encik’ dan pesan Pemandu

1
Selamat pagi, encik
saya menunggu di kaki lima
sebelah tangga, sebelum
encik turun sambil
menyarung jaket.

Selamat pagi, encik
saya menyambut bagasi
dihulur, sebelum
encik meluru ke pintu itu
saya tidak sempat berpesan.

Selamat pagi, encik
semalam encik terlupa(?)
membawa sehelai sejadah
dan senaskhah mukjizat –
kata saya,
“Encik, ini mesti dibawa.”
Saya diketawa.

2
(Selamat pagi, encik)
pagi ini saya menghantar encik
ke bandar baru-abadi selalu,
kali akhir – bersama doa
sebagai pemandu.


- w.b.rendra,
johor bahru.

(Berita Harian, 3 Julai 2010)

8 comments:

A. Muziru Idham said...

Tahniah abang WB Rendra!!^_^

Guru said...

like this

terbaru dari saya : makan pil

Wahyu Budiwa Rendra said...

t.kasih, muziru. blog muziru hanya dibuka untuk yang mendaftar sahaja?

Wahyu Budiwa Rendra said...

t.kasih sdr. saya akan ke sana.

Md Nizar Parman said...

Salam Dinda Wahyu,
Teruskan berkarya kerana saya sememangnya terus menantikan karya-karya Dinda Wahyu...

Azhar Salleh said...

Salam DINDA WAHYU,
Tahniah. Berkias dan menyentuh. Mudah difahami tetapi nilainya tinggi. Teruskan...

Wahyu Budiwa Rendra said...

salam kanda nizar. t.kasih. teman2 seringnya menjadi pemangkin untuk kita terus berkarya.

Wahyu Budiwa Rendra said...

salam kanda azhar. t.kasih. sesekali saya ubah gaya.