Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Johor yang dengan tekal setiap dua tahun sekali menganjurkan Hadiah Sastera Darul Ta'zim(HSDT). HSDT merupakan pengiktirafan kepada penulis Johor melalui karya-karya yang dihasilkan dan menjadi tanda kelangsungan perkembangan kesusasteraan negeri Johor khasnya.
Pada tahun depan, HSDT melewati siri kelapan. Melalui Yayasan Warisan Johor dan dengan kerjasama Persatuan Penulis Johor(PPJ), Gapena, DBP Wilayah Selatan dan Majlis Kebudayaan Negeri Johor mengalu-alukan penyertaan karya penulis Johor (syarat-syarat seperti yang terkandung di dalam borang) pada tahun siaran/cetakan 2009 dan 2010. Sila klik gambar di atas.
8 comments:
best nye..
thanks kepada pihak penganjur..
salam manis daripada hasni a.k.a hannaJohan,
Tuan, saya pernah mendaftar sebagai penulis Johor di laman blog tuan ini. Pada masa itu saya menggunakan alamat blog lama www.insahjohana.blogspot.com dan sekarang sudah bertukar ke www.cintapyaar.blogspot.com
Gembira apabila mengetahui ada pertandingan HSDT...Bolehkah saya menyertainya? saya mahu lihat syarat2 pada gambar kedua yang tuan masukkan, tetapi tidak boleh klik. Di mana ya boleh saya rujuk akan syarat-syarat lanjut?
terima kasih. :)
salam sdr jamiel.
terima kasih meninggalkan jejak. ya, terima kasih kepada penganjur.
salam hormat, sdr hasni.
terima kasih. di blog Penulis Johor, ya? sudah lama tidak kemas kini blog itu.
Hadiah Sastera Darul Ta'zim bukan pertandingan tetapi anugerah(pengiktirafan) kepada karya yang telah disiarkan/dicetak sepanjang dua tahun; 2009 dan 2010.
saya sudah perbetulkan. moga boleh klik, besarkan dan cetak borang ini. bolehlah dihebahkan kepada teman-teman penulis Johor yang lain. :))
Terima kasih tuan... :)
tahun ni akak nk tumpang sekakilah rend... :)
sdr.hasni, kembali.
salam kak zura. wah, nampaknya editor sudah melepasi garisan penulis ni.he.he
Post a Comment