Friday, August 30, 2013

Menjabat Syawal

kelmarin kutemui ramadan,
kuluah perasaan dalam sendu,
terlalu banyak aku mengadu;
tentang duga, noda dan nafsu,
masa memang curiga-cemburu -
semalam dia pergi meninggalkanku
lama aku mendakap-erat, tiada janji
adakah akan kutemui lagi, sendiri
masih keliru; aku rancu-rindu.
sambil melambai dia berpesan
aku bakal bertemu syawal.
kata ramadan kepadaku, tenang
dan raikanlah kemenangan.

pagi ini,
aku menjabat senyummu, syawal.
temanmu ramadan, masih wangi
dalam ingatan.

   
-          w. b. rendra,
Johor Bahru.


(Berita Harian Ahad, 12 Ogos 2013)

No comments: