Wednesday, August 09, 2006

Ketika Kelana Ke 'Costa-Rica'

i
AURA dan semangat; yang dicari ketika kelana ke ‘Costa-Rica’. Betapa usaha-usaha dan kesungguhan penganjur di dalam membuka semula lembar mulia termaktub martabat dan daulat bangsa yang semakin sering dilupai.
Tahniah! Dengan Izin Allah, didoakan jua segala yang dirancang-cadangkan moganya menjadi realiti; meletakkan kembali manuskrip ke peterana kencana.

ii
DALAM kelana itu, di sisi lain sebagai penulis dan pencinta tentulah bertemu dan berbincang panjang sesama rakan penulis menjadi agenda. Apabila bertemu di perkumpulan begini, dapat dirasakan karisma mengutip dan mengumpulkan semangat penulisan itu sendiri.
Sdr.Mohd.Kholid yang prolifik dengan novel bersiri kanak-kanak, Ustaz Hj.Azman http://al-kurauwi.blogspot.com/ yang puitis dengan cerpen dan pohon-pohon doanya - kita ketika petang Port Dickson di bawah rimbunan redup pohon di Come Pai Mai PD, yang hening sempat berbicara dan berdiskusi sekitar ini; jalur pengalaman hidup, penulisan dan ilmu yang diberikan semasa perbincangan kepada saya yang masih ‘sendiri-sendiri’.
Benarlah, dalam perjalanan menuju destinasi, tidak selalunya kita menemui kebun-kebun strawberi atau taman-taman bunga, sesekali atau kadangkala akan melalui jua dengan sengaja atau tidak sengaja tasik-tasik bernaga dan kolam-kolam berpuaka. Di situ, kita akan termenung dan berfikir agak sukar berjalan menempuhi dengan ‘sendiri-sendiri’. Terima kasih sdr. berdua atas nasihat.
3 hari, 2 malam di ‘Costa-Rica’, bertemu dengan rakan-rakan penulis yang nyata; meski tidak sempat mengatur kata, cuma singkat merenung mata – dapat kembali mengatakan, “saya berada di dunia saya - penulisan!”

iii
SEMOGA perkumpulan ini, yang sejujurnya turut menjadi medan bertukar idea, pengalaman dan mengumpul semangat, akan dapat dianjurkan lagi.

4 comments:

SYARIFAH SALHA SYED AHMAD said...

Rendra, kita tidak sempat mengatur kata tapi singkat merenung mata. Terkunci mulut saya mahu menyapa anda. Namun begitu saya gembira kerana dapat bertemu dengan penulis yang hebat karya seperti anda.

Salman Sulaiman said...

Rendra,

Moga kita bisa ketemu lagi di lain hari sehabis di Costa Rica, PD tempoh hari tentunya akan ada lagi pertemuan lain yang bakal disuratkan Ilahi. Teruskan menulis.

mohamadkholid said...

Ren,
kapan bisa ke temu lagi? masih teringat lagi pantun saya...

FahdRazy said...

Salam buat org selatan...=)