Tuesday, August 01, 2006

Tentang Telinga Kanan

“MINTA maaf, ya. Boleh saya tanya. Kenapa telinga awak?”
“Kesiannya telinga kanan dia. Kenapa tidak bedah?” betik hati seseorang yang mungkin baru pertama kali bersua muka dengan saya. Sama ada dia yang bertanya, atau saya yang dapat mendengar isi hatinya berkata-kata.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

KELOID adalah sejenis penyakit kulit yang akan membesar kesan sesuatu jahitan atau impak kemalangan. Ianya bergantung kepada kekuatan kulit atau alahan kulit seseorang. Saya di antara yang dipilih oleh-Nya!

Saya terlibat dalam kemalangan jalanraya pada tahun 2000 yang meragut nyawa kereta. Seperti diberi kekuatan atau memungkinkan satu hikmah yang sangat besar oleh-Nya – jika melihat keadaan kereta, saya mungkin tiada lagi. Terima kasih Tuhan atas ruang dan peluang yang Kau berikan.

Keloid di telinga kanan ini adalah kesan jahitan kemalangan tersebut; telinga saya koyak sedikit ketika itu. Kini, kadang-kadang ia akan berdenyut. Kuat. Sakit sangat (mungkin minta perhatian). Dan ia akan berdenyut pada bila-bila masa sahaja.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Selepas ini, jika ‘terjumpa’ saya buat pertama kali, dia akan berkata di dalam hati - sambil mengangguk-angguk, “Oh, ini yang dia tuliskan tentang telinga di blognya tempohari.”

Saya senyum mengangguk dan berkata perlahan, “Ya. Terima kasih baca blog saya.”

4 comments:

Serunai Faqir aka SF said...

Aaaa ... bagus2, baru ada cerita ... jgn lupa mai ke blog abg k ... sambil2 tu hf abg baru hilang Jumaat lepas dan hujung bulan ni baru ada hf baru .. hehehe ,,, nnt tlg emelkan no hf ren kat abg yek...

SYARIFAH SALHA SYED AHMAD said...

Rendra, setiap sesuatu yg terjadi pasti ada hikmahnya. Syukur kerana nyawa yg bersisa bisa menjadikan sdr tekal, produktif dan prolifik menulis. Salam Karya!

nyl said...

Rendra,
Kalau bukan kerana "dugaan' itu pasti anda bukan "seorang" anda..

wahyu budewa rendra said...

NYL, terima kasih menziarahi blog sepi ini & menitip sesuatu. Ya, setiap insan mempunyai buku takdir yang berbeza.