Monday, October 16, 2006

Jendela Selatan


Majalah Jendela Selatan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan(DBPWS) ini diterbitkan 3 kali setahun. Banyak informasi tentang bahasa, sastera, dan aktiviti yang dijalankan DBPWS sepanjang beberapa bulan. Malah ada ruang untuk penulis berkarya seperti cerpen dan puisi. Betapa DBP begitu cakna dengan keseriusan memartabatkan bahasa kebangsaan, majalah ini diedarkan percuma.
Sejak di awal penulisan sehinggalah sekarang, saya pasti akan mendapatkannya sama ada terus ke Larkin Perdana atau mengambilnya menerusi majlis-majlis ilmu dan majlis santai sastera anjuran DBPWS. Dan sudah tentu sebolehnya untuk saya menyumbangkan karya ke Jendela Selatan.

Baru-baru ini saya ke DBPWS Larkin Perdana bersama rakan penulis Serunai Faqir, untuk mencari majalah terbaru terbitan DBP; Dewan Sastera dan Tunas Cipta bulan Oktober; sambil melihat – seperti selalu - jika ada Jendela Selatan di kaunter – tapi sayangnya tiada.

Sebenarnya, saya sering memberikan majalah ini untuk rakan-rakan rapat yang mempunyai minat yang sama dengan membaca karya/rencana, juga seperti di tempat belajar – sebahagian intinya boleh dijadikan bahan rujukan pelajar yang mengambil jurusan berkaitan Kesusasteraan Melayu. Justeru, apabila saya ke DBPWS tentu saya akan menjenguk di kaunter, sama ada majalah Jendela Selatan ada atau tiada.

--> Terima kasih kepada DBPWS yang memberikan dua naskhah Jendela Selatan melalui pos sebagai dokumentasi saya. Sempat juga saya berikan senaskhah kepada Serunai Faqir yang pulang ke Kuala Lumpur.

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum Sdra. Wahyu,

Pertamanya... terima kasih atas promosi tentang Jendela Selatan (JS). Lain kali datang ke DBPWS bolehlah jenguk2 saya di atas (ruang pejabat tingkat 3). Boleh anda dapatkan JS langsung daripada saya atau kakitangan lain, memandangkan cetakan percuma JS ini terhad bilangannya.

Untuk makluman sdra. Wahyu, program sastera yang bakal diadakan sepanjang November / Disember spt berikut:

1. Ceritera Bersama Karyawan Sastera Siri 6 / 06 : Mohd. Kasim Mahmud (Genre Cerpen), 4 November 2006, Balai Seminar DBPWS, Johor Bahru.

2.Bengkel Konsep Pertandingan Teater Monolog DBPWS,
11 - 12 November 2006, Johor Bahru. (hanya libatkan 10 ahli panel yang dilantik untuk menentukan konsep pertand. teater monolog yang bakal dianjurkan oleh DBPWS tahun 2007)

3.Ceritera Bersama Karyawan Sastera Siri 7 / 06 : Sahruddin Manas (Genre Teater)2 Disember 2006, Balai Seminar DBPWS,
Johor Bahru.

4.Pementasan Teater Monolog
Edisi 4 / 06 : ‘Jiwa Bangsa’,
2 - 3 Disember 2006,
Balai Seminar DBPWS, Johor Bahru.

Sebarang perubahan tarikh dan sebagainya akan dimaklumkan segera. Mohon jika sdra. dapat promosikan program ini dalam blog atau promosi lisan kepada rakan2 anda.

Terima kasih.

rar/dbpws.

Anonymous said...

Wah, saya ke JB lagi minggu lepas tapi sayang saya tidak dapat maenghubungi sdr kerana urusan pekerjaan saya. Moga kita dapat berjumpa lagi sekiranya saya ke JB dan tidak terlalu sibuk, Insyallah. Juga selamat hari raya kpd Rendra - maaf zahir & batin.