Tuesday, February 27, 2007

Bersunyi

tidak mungkin dapat lari daripada sepi,
kerana
daripada bising
lebih baik sendiri dan bersunyi.

terlalu banyak kata
dikhuatiri akan mendusta
membibit nista
dibimbangi akan menyakiti
melukakan hati
kerana
bila bising sering
mencucuk duri dendam
mencuri harga masa
mencemar nilai kerja.

lebih baik sendiri dan bersunyi
melakari
sesuatu bermakna dalam diari
menitip masa depan
diam-diam -
sewaktu bersunyi.


ren
dbpkl – puduraya - larkin, jb

No comments: