Tuesday, February 19, 2008

Kabus di Perbukitan dan Desir Angin di Pergunungan

Bukan kerana dia sahabat akrab saya. Maka harus saya mengatakan 2 buah novel ini sangat puas dibaca. 2 buah novel yang saya baca secara berturut. Cepat, mesra dan enak dihadam.

Sejak mengenalinya pada 2002, di bawah bimbingan KEPEZI, Kholid berlari di landas novel. Dengan deretan novel kanak-kanak siri penyiasat Ekstrovert hinggalah ke novel dewasa, kini penulis kelahiran Tanjung Karang, Selangor ini begitu deras merempuh angin di kaki gunung menuju ke puncak citanya; di landas novel itu.

Novel Kabus di Perbukitan adalah antara novel yang memenangi hadiah Sayembara
Sempena Sambutan Jubli Emas DBP tahun lepas. Meletakkan jatidiri sebagai akar cerita, maka kekuatannya memang jelas dapat diselak dan diserapi helaian demi helaian.

Manakala novel Desir Angin di Perbukitan adalah novel yang dihasilkan hasil Bengkel Perolehan Judul antara KEPEZI dan DBP bersama rakan-rakan lain seperti Serunai Faqir, Zulkifli Khair, Ibnu Ahmad Al-Kurauwi dan saya sendiri(novel Di Sebalik Mentari Jingga).

Saya dapat kesan Kholid menyusun diksi dan pergerakan cerita dengan kemas dalam kedua-dua novel, dengan nafas yang segar seperti aura dan semangat yang dilaluinya sendiri
berdiri dan berlari di kaki gunung.

Maka memang ada tarikannya untuk membeli novel kedua, setelah anda membaca salah satu novel tersebut. Seterusnya menunggu buah tangan lanjut dari penulis ini.

2 comments:

mohamadkholid said...

terima kasih atas ulasan ikhlas itu Ren... Yang pasti saya bukan orang Johor :-)

zulkhair said...

Orang Jawa?