Wednesday, May 28, 2008

Sajak

Belajar Menyayangimu (?)
[semalam sejuta raung di sudut derita]

i
semalam, sejuta raung
di sudut derita mengajar
sifat-sifatnya menyayangimu.

selepas dimungkiri
selepas dideritai
selepas diingkari
selepas ditaburi
selaksa janji wangi -
lengkara kau mempercayai
kata-katanya lagi.

ii
menghembus nafas-nafas Nargis
merelakan maut murka tragis
meratah desa dan delta dengan bengis
membibit teriak-teriak tangis
warga tua, kanak-kanak, anak gadis.

iii
meniup lidah api
menjeler-jilat pasak sepi
beribu tahun, kembali
merah sebuah daerah
banjaran berapi.

iv
gerak-gegak lantai Sichuan
meramas kota-kota kerdil
matamu membaca sebuah
tesaurus dan erti adil.
meronta gegak-gempita -
inilah luahan mulus dari hati
pernah punah dikecewa;
semalam sejuta raung di sudut
derita tidak lagi kau peduli.

v
bumi, seharusnya(kah) diizinkan
sekuntum lagi janji wangi
diselitkan di perdu jiwamu -
kerana manusia memang
begitu sifatnya;
berjanji dan memungkiri.


-- w.b.rendra,
chini, pahang – johor bahru.

[Berita Minggu, 25 Mei 2008]

4 comments:

Anonymous said...

salam abang rendra. zul ni. tahniah, semakin cemerlang ya..
em, kalau senang, melawatlah blog saya.

zulfazlan-jumrah.blogspot.com

Anonymous said...

jangan lupa lawat blog resensi buku dan filem abg :
htt://ketikamembaca.blogspot.com

Tarbus Merah said...

Abang Ren yang dihormati,

PPJ tak keluarkan Antologi untuk penulis-penulis muda ke?

Tahniah la di atas kecemerlangan abang sekarang.

Ghafirah Idris said...

rendra, tahniah atas kemenangan dlm HSKU'07!