Wednesday, February 25, 2009

Sajak

air mata pawitera : kepada bangsa

i
dengan airmata pawitera
kutuang dakar kata
ke dalam raup gemerincing harap
rintih dakap doa dikejap akrab
segala rayu peminta -
aku pencinta bangsa :

Tuhan,
satu ‘kan bangsa ini
satu ‘kan ummah ini
satu ‘kan hati ini

kukuh ‘kan bangsa ini
kukuh ‘kan ummah ini
kukuh ‘kan hati ini

jauhi sengketa
jauhi derita
jauhi prasangka.

ii
aku pencinta bangsa
merenjis air mata pawitera
ke seluruh tubuh merah-bara
pemilik yang menggelupur
mencari jejak jazirah leluhur.

aku pencinta bangsa,
menjadi panitera
pencatat luka di cermin sejarah
pengubat duka di baldu sejadah.



-- w.b. rendra,
Citra Larkin Perdana, Johor Bahru.


(Mingguan Malaysia, 22.2.2009)

3 comments:

Lumut Pagi said...

Salam mas..

Wah..dengar khabar mas ke gramedia..?Bagaimana?

Selamat ya atas perjalanannya..!Semoga nanti impian saya ke sana buat mencari 'sesuatu' bakal menemukan saya dengannya..

HASMORA MASNURI said...

salam sdr Ren..

tadi baru salin di pustaka fakulti.. sgt dalam ye.. tertiru jua gaya nombor tu.. tp skadar utk puisi koleksi..

Nashuha said...

minta izin saudara rendra utk deklamasikan puisi ini di malam puisi persatuan architech UTM...
Air mata pawitera : kepada bangsa