Tahniah dan terima kasih kepada Pelajar Penulisan – di UTM semalam; memberikan respon yang cepat dan bagus dalam seisi proses kreatif Mazhab Cinta saya.
Tentu sekali pensyarah mereka, Tn.Hj.Zulkifli Khair telah menyalakan dian penulisan yang dihias cantik di bilik kuliah terlebih dahulu. [Naskhah ini dari beliau, buku terkininya 'Online dengan Tuhan'. Cantik judulnya. Menangkap pembaca yang sedang terbang.]

Senang sekali saya berkongsi cerita dan pengalaman penulisan sepanjang pengkaryaan cerpen-cerpen yang dimuatkan dalam Mazhab Cinta. Memberikan sedikit petua-petua yang wajar. Semoga yang baik, dapat diguna-manfaatkan dan yang kurang enak biarkanlah sahaja saya yang bawa pulang. Pengerusi majlis, Sdr.Nimoiz T.Y - teman penulis yang saya temui
ketika Pertemuan Penulis Muda di Tanjung Piai, Pontian beberapa tahun lepas, sempat juga untuk -kami- bertukar naskhah. Lengkap dengan tandatangan, lalu Menjadi Penulis Jutawan bertukar tangan. Beliau yang telah banyak menghasilkan buku dan memenangi anugerah di e-sastera, tetap mesra berkongsi pengalaman penulisan ketika minum petang bersama.
No comments:
Post a Comment