Friday, April 24, 2009

PBAKL & MSAM : dua dalam seminggu


Pada 19hb. hingga 21hb. ditugaskan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur(PBAKL). Melihat, membeli dan merasai sendiri kemeriahan dunia buku. Menjadi di antara sebahagian pencinta buku yang menguliti kekasihnya di PWTC. Dua hari rasanya pun masih belum cukup untuk menjelajahi setiap ruang dan gerai buku. Sediakan sahaja wangnya, namun pasti sukar juga untuk merasa cukup dan puas. Keinginan atau nafsu untuk memiliki buku(?).

Sekali lagi mengunjungi MSAM seusai pulang kerja semalam. Seperti PBAKL, MSAM juga memerlukan masa yang panjang untuk dijelajahi dan digali segala ilmu. Bukan semata-mata kerana beg merah yang diberi percuma. Difikirkan, saya akan ke sana lagi, untuk mencari dan bertanya itu dan ini, tentang ini dan itu. Sementara MSAM masih di sini.

No comments: