Thursday, May 21, 2009

kita hanya merancang

Benar, kita hanya merancang Allah jua yang menentukan. Pada mulanya saya telah berdaftar untuk sama mengikuti Perhimpunan Penulis Muda Nasional(PPMN) Kedua 2009 di Melaka pada 17hb-19hb. April. Sudah lama tidak bertemu dan mendengar pandangan teman-teman penulis. Berada dalam dunia sendiri. Di kelilingi semangat ilham dan percambahan ilmu. Tambahan pula dalam situasi kini(?). Jika sebelum ini saya pernah mengikuti pertemuan di Costa Rica, Port Dickson dan PPMN di Tanjung Piai, Pontian; PPMN09 merupakan satu manifestasi pemikiran penulis-penulis muda. Meski tidak dapat bersama, saya mendoakan agar atur rancang PPMN09 di Ayer Keroh, Melaka pada 22hb. hingga 24 Mei ini berjalan lancar dan mencapai matlamat serta manfaat objektifnya.

6 comments:

HASMORA MASNURI said...

Salam sdr Ren,

Tak ketemu juga kita ye..

Semoga saat itu tiba jua.

Salam hormat.

Wahyu Budiwa Rendra said...

salam sdr.ustaz. nampaknya begitulah. namun, insya-Allah kelak bertemu juga kita.

Azhar Salleh said...

Salam DINDA WAHYU,
Baru nak minta Dinda Wahyu berkonsi cerita dan idea tentang Perhimpunan. Nampaknya, benarlah, Allah jua penentu kehidupan dan ketentuan...
Insya-Allah, pada masa akan datang....
Terima kasih atas kiriman bingkisan UTM melalui e-mel itu.

Rusdi Abd Rahman said...

Sdra. Wahyu,
Nama anda serta tajuk karya anda ada beberapa kali disebut dan banyak juga tercatat dalam beberapa kertas pembentangan dalam PPMN 2009 ini.
Tidak mengapa tidak dapat hadir kerana ada kalanya kita merancang namun ketentuan-Nya juga maha hebat.
Yang paling penting anda terus berkarya serta terus prolifik dalam pengkaryaan.

Wahyu Budiwa Rendra said...

salam kanda azhar & en.rusdi,
terima kasih atas kunjungan. serta kata-kata semangat. ya, saya petik kuntum kata2 en.rusdi itu dan meletakkannya di dalam balang penulisan saya. terima kasih.

D'Rimba said...

Di manakah kau Rendra..............