Monday, July 27, 2009

Cerpen : Puitis Pawana Pawitera



Melalui kehadiran pawana dan resa emosi; mentafsir kewujudan/keagungan-Nya secara simbolik. Cerpen berlatarkan 'daerah Panda' dan Linyi di Republik China, namum teras dan semangatnya adalah Bahasa dan Budaya Melayu; sopan santun, tertib dan sabar seorang Rifqi.


Cerpen Puitis Pawana Pawitera ini disiarkan di Mingguan Malaysia, 26 Julai 2009. Klik pada judul untuk membaca. (Terima kasih kepada Sdr.Ku Seman Ku Hussain, Penolong Pengarang Mingguan Malaysia).

8 comments:

Azura said...

Rend,
ramai org cakap karya Rend susah nak faham...adakah cerpen ini salah satu daripadanya?

Wahyu Budiwa Rendra said...

kak zura, yang ini mudah faham. (",)

Mawar said...

Dinda Ren,
TAHNIAH, kanda baru sempat membaca versi OL, semalam MM habis dijual!

Wahyu Budiwa Rendra said...

kanda mawar, terima kasih. semalam, teman2 yang baca di OL rasa ragu-ragu mahu kirim sms, tiada nama penulis di sana.he.

Azhar Salleh said...

Salam DINDA WAHYU,
Tahniah dan syabas! Mungkin ada benarnya pandangan Puan Azura DBPWS, namun cerpen ini, setelah ditekuni, masih mampu menjelmakan pemahaman dan penghayatan. Teruskan langkahmu...

Wahyu Budiwa Rendra said...

salam kanda azhar. terima kasih. terima kasih kanda, atas saranan dan pandangan. dalam berkarya seringnya ren 'terpaksa' memisahkan dua sisi gaya dan cara; yang difahami pembaca atau yang digemari ren sendiri.

Ibnu Ahmad al-Kurauwi said...

Salam ziarah Ren,
Teruskan melangkah dengan tangan. Teruskan menulis namun sesekali toleh jua ke belakang. Ya, lihat di antara dua depang tanganmu itu, andai mampu.

Wahyu Budiwa Rendra said...

salam kanda ustaz.
terima kasih kanda atas nasihat. dalam rasanya titip pesan kanda kali ini. terima kasih, kanda.