Tuesday, August 18, 2009

Jurai Keturunan Sebelah Ayah


Betapa sebuah kententuan telah ditentukan.

Ketika bertugas dalam program 'Kembara Wangsa' yang berlangsung di Desaru baru-baru ini, saya sebilik dengan Tuan Haji Md.Zin Idros. Berbual dan berbicara, Tuan Haji Zin menyorot dan bertanya asal ayah dan ibu saya. Saya menceritakan ayah berasal dari Parit Besar Bagan, Batu Pahat. Arwah atuk saya, Hj.Ahmad Hj.Abd.Manan. Tuan Haji Zin terkejut, saya menghampiri meja berdekatan kerusinya. Sambil membawa kertas kosong. Kami merangka jurai sebelah bapa saya.
Ibu Tuan Haji Zin, Hajah Maimunah merupakan anak Hj.Hasan; adik beradik Hj.Abd.Manan. Bermakna Hajah Maimunah dan atuk saya, Hj.Ahmad adalah sepupu. Seterusnya, Tuan Haji Zin dua pupu dengan anak-anak arwah atuk, Hj.Ahmad termasuk ayah saya, A.Wahid Hj.Ahmad.


Meskipun, sebelum ini – 3 tahun lepas – kami pernah berhubung, saya menyumbang sajak untuk Antologi Puisi Bahasa Sungai terbitan IKLAS, Yayasan Warisan Johor namun, waktu itu kami belum tahu bahawa kami dari jurai keturunan yang sama.

4 comments:

Matt Kopikarat said...

Salam Perkenalan dr Deen di Golden Sand, Kelate. Sy juga meminati penulisan kreatif tetapi tidak tahu menulis. Sy menadaptasikan karya kreatif saya dalam bentuk lukisan. Layari blog sy untuk menatapi lukisan2 sepanjang zaman! Selamat berkenalan

Deen

Citra Wangsa said...

Rend,
Betapa kecilnya dunia yang sfera ini. Besarnya keagungan Allah dlm setiap inci kejadiannya...kerana itu, bumi ini bulat. Jika berpenjuru, mungkin ada sedara mara kita yang menyorok2...kita tak dapat jumpa.

Wahyu Budiwa Rendra said...

salam dr.deen. salam kenal. ya, kita tumpahkan cara kreatif dengan gaya tersendiri. dr.deen melalui warna dan saya aksara. saya akan ke blog dr.juga nanti. & pautkan di sini.

Wahyu Budiwa Rendra said...

salam kak zura, benar kata kak zura. tentunya setiap ketentuan yang ditentukan mempunyai hikmahnya.