Tuesday, October 06, 2009

Jemputan Menonton Teater di Johor Bahru



Penulis dan penggiat teater, Sdr. Rahimah Muda akan mengarah sebuah teater karyanya berjudul Srikandi Tanah Jauhar yang dipentaskan di Auditorium RTM, Johor Bahru pada :

23 Oktober 2009 (Jumaat) - 8.30 malam
24 Oktober 2009 (Sabtu) - 3.00 petang & 8.30 malam.

Teater anjuran DBPWS sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2009 ini dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan Kesenian Negara,
RTM dan Persatuan KESUMA-i.

Berdurasi selama 2 jam.
Dan masuk adalah percuma.
*gambar sekadar hiasan

6 comments:

Rusdi Abd Rahman said...

Sdra. Wahyu,
1. Terima kasih kerana promosi awal tentang teater ini.
2. Saya kesibukan sejak 30 September hingga 8 Oktober ini kerana uruskan 6 program BBK 2009 Negeri Johor dan Melaka.
3. Saya sudah rencanakan untuk giatkan promosi teater ini bermula 12 Oktober ini, bermula Isnin ini dengan menghantar sebanyak 250-300 kad dan surat undangan, serta akan menguruskan pelbagai urusan promosi melibatkan media di Johor dan peringkat nasional, juga promosi lain melibatkan kertas kecil (flyers), kain rentang dan sebagainya.
4. Jasa baik Sdra. sungguh dimuliakan dan dialu-alukan serta teruskan peranan Sdra. untuk mempromosikan hal ini secara berterusan.

TERIMA KASIH.

Wahyu Budiwa Rendra said...

salam en.rusdi,
saya akan terus mempromosikan teater ini. moga menjadi sumbangan kecil saya kepada perkembangan dan sambutan teater negeri. insya-Allah. oh, ya! saya perlukan sedikit kertas kecil(flyers) untuk diberi kepada teman2 dan diletakkan di tempat yang sesuai. terima kasih en.rusdi.

dariana said...

salam syawal dan selamat berteater. saya berkunjung ke 'melihat kesunyataan' terus ke 'citra hj tahir' langsung ke mazhab cinta...
semua lumayan dan moga diredhai Allah.
yg mustahaknya moga karya minda dan anggota 5 kita menjurus pahala dan tidak menghala murka-Nya. insya Allah.
lama dah tak nonton teater kecuali di youtube karya dinsman, hatta azad khan dll.
http://keroncongdariana.blogspot.com
http://abdulhadi035333.multiplay.com
wassalam.

Azhar Salleh said...

Salam DINDA WAHYU,
Insya-Allah, promosi awal dapat membantu saya merencanakan jadual rutin. Terima kasih atas info ini. Sama-samalah kita membantu menyemarakkan persada bahasa, sastera, dan kesenian di wilayah daksina ini.

Md Nizar Parman said...

Salam Ren,
Terima kasih kerana menandatangani "Mazhab Cinta" tempoh hari. Tentunya buku yang bertandatangan itu akan menjadi kenang-kenangan untuk saya. Terima kasih.

Wahyu Budiwa Rendra said...

sdr.abdulhadi - terima kasih berkunjung dan menitip jejak. saya telah jua ke blog sdr.

kanda azhar - ya kanda, sama2 kita menyemarakkan subur wadi sastera ini, di tanah selatan ini.

salam sdr.nizar - terima kasih kembali; kerana membeli MC dua naskhah! saya sangat menghargainya.