Friday, November 06, 2009

Dogma dan Selipar

satu
terima kasih kepada en.rusdi abd.rahman yang memaklumkan melalui sms 'Dogma' akan dipentaskan lagi. kali ini pada Majlis Penyampaian Hadiah Buletin Sekolah, di Kota Tinggi. mengenang semula skrip yang dihasilkan seusai mengikuti bengkel penulisan skrip monodrama anjuran DBPWS pada 2007, kemudian dipentaskan pada pertandingan monodrama di DBPWS. meraih hadiah khas juri. kemudian, dipentaskan lagi pada majlis penyampaian HSDT baru-baru ini di Persada Johor. seterusnya di pertandingan Teater peringkat Negeri Johor. terima kasih en.rusdi abd.rahman yang membawa sekali lagi 'Dogma' ke pentas seterusnya. terima kasih yang berantaian.

dua
saya tidak pasti sama ada mahu tersenyum lalu ketawa, atau bagaimana. sudah dua kali di masjid yang sama, selipar biru baru saya hilang selepas solat Jumaat. bukan kerana ralat kehilangan selipar itu, cuma memikir selipar yang berharga RM2.20 itu pun masih ada yang berminat berniat begitu. yang saya harapkan agar selipar baru itu menjadi peneman ke masjid kepada tuan baru itu; kerana itu niat awal saya sewaktu membelinya. dan moga bukan menjadi peneman kepada tuan barunya untuk pergi mengambil selipar baru yang lain pula.

6 comments:

sahrunizam said...

Salam,

Boleh buat sajak baru tu. Judulnya "Sajak Buat Pencuri Seliparku".Hehe

Rusdi Abd Rahman said...

Sdra. Wahyu,
1. Skrip dan mesej yang bermutu serta dikuatkan dengan penyampaian @ permaian pelakon seharusnya dipanjangkan secara berantaian dan berterusan.
2. Kini menunggu skrip seterusnya oleh Sdra. sama ada monolog mahupun teater penuh ya... Teruskan menulis... juga untuk genre skrip teater ya...

Wahyu Budiwa Rendra said...

salam kanda sahrunizam. boleh juga idea tu. mungkin dalam nada yang lucu sikit.he.he.

Wahyu Budiwa Rendra said...

en.rusdi yang dihormati. terima kasih en.rusdi. insya-Allah, akan saya cuba tekalkan semangat ini di jalur itu pula.

FadzliAbuBakar said...

Ren, saya rasa selipar itu tidak dicuri... cuma ia dipinjam tetapi tidak diletakkan di tempatnya semula...

p/s: dulu masa zaman sekolah, ada seorang kawan menyatukan seliparnya dengan mangga supaya tidak dicuri. mahu cuba? hehehe

Wahyu Budiwa Rendra said...

salam sdr.fadzli. betul tu. tn.hj pun kata begitu. saya pun pusing tengok2 kawasan masjid, mungkin peminjam terlupa pulang ke tempatnya. tapi, tiada. tidak mengapa, selipar saja. jika tidak, tentu tiada judul ni dalam blog saya.he.he