Tuesday, December 01, 2009

Membaca Matanya yang Basah

1
Membaca kelopak matanya
yang basah, dari urat matanya
yang merah, dari cengkung matanya
yang gelisah, dari iris matanya
yang resah – maaf
jika sejarah tafsir ini salah.

2
Naskhah matanya
menyusun diksi rahsia,
ada dewangga frasa curiga
atau desir prosa pujangga.

Naskhah matanya
yang redup, menyembunyi
setulus hati isteri
yang kudup.

(Harian Metro 1hb Dis.2009)

10 comments:

... said...

Salam. Mohon tuan dapatkan pautan atau menaip lengkap sajak ini bagi memudahkan peminat seperti saya dapat terus membaca. Saya belum cuba cari sama ada sajak ini terdapat dalam HM versi internet. Saya rasa tidak. Saya pula tidak pernah membeli HM. Harap pertimbangan permintaan saya.

Rusdi Abd Rahman said...

Sdra. Wahyu,
Bertambah padu serta prolifik... Tahniah. Saya membacanya seawal pagi semalam puisi ini dalam akhbar Harian Metro.

Wahyu Budiwa Rendra said...

salam sdr.samsudin yang dihormati. terima kasih membaca. saya perlu melepasi hari hak siaran ekslusif untuk penerbit semalam. dan hari ini, saya siarkan penuh sajak ini. selamat membaca.

Wahyu Budiwa Rendra said...

salam en.rusdi. terima kasih dengan segala dorongan dan jamung semangat yang diberi. terima kasih, en.rusdi.

Md Nizar Parman said...

Salam Ren,
Tahniah atas tersiarnya puisi ini. Saya amat mengagumi gaya bahasa yang Ren gunakan. Saya mendoakan semoga Ren terus prolifik.

Wahyu Budiwa Rendra said...

salam sdr.nizar yang dihormati. terima kasih. saya masih banyak belajar, dan memperbaiki karya saya. kadangkala, saya gemar melakukan sedikit 'ujikaji'. setiap penulis ada gayanya. sdr.nizar juga tentu mempunyai kekuatan tersendiri.

FadzliAbuBakar said...

Ren, dah siap ke novel sejarah? Bila nak ajar saya tulis puisi?

edolah said...

..membaca matanya yang basah..adakah mungkin membayangkan bahagia di cangkir hidupnya yang tumpah..

Wahyu Budiwa Rendra said...

salam sdr.shukri yang dihormati. terima kasih berkunjung dan meninggalkan jejak ziarah. benar mungkinkah? kerana naskhah matanya yang basah masih tetap menyimpan diksi-diksi rahsia.

Khar said...

Tahniah ... ren, AVA nak akan adakan bengkel penulisan puisi, rujuk sini

http://ejenmanuskrip.blogspot.com/2009/12/bengkel-penulisan-puisi-atas-permintaan.html