Friday, February 05, 2010

Ulasan Mazhab Cinta di Berita Harian



Saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Sdr.Mohd. Tana'im Tajuddin yang mengupas Kumpulan Cerpen Mazhab Cinta di ruangan Sastera, Berita Harian hari ini (5 Februari 2010, Jumaat). Ulasan yang diberikan di ruangan sastera ini, secara langsung dapat memberikan ruang kepada pembaca dan pencinta sastera membaca isi kandungan atau sinopsis sebahagian cerpen dalam Mazhab Cinta. Terima kasih.

6 comments:

Rusdi Abd Rahman said...

Sdra. Wahyu,
1. Tahniah atas tersiarnya esei tentang MAZHAB CINTA (ditambah biodata ringkas Sdra.) satu halaman penuh dalam akhbar BH hari ini. Diri ini membacanya seawal pukul 7.50 pagi lagi...
2. Rasa teruja (dan rasa gempak sikit...) juga pabila dalam biodata ringkas itu tertera hal 'Dogma' dan Pertandingan Monodrama Negeri Johor 2007...
3. Bila lagi diri ini hendak buat Pertandingan Monodrama Johor ya...?

FadzliAbuBakar said...

Tahniah... hasil penulisan saudara sememangnya berkualiti dan layak untuk dikupas bagi memberi manfaat kepada pembaca... teruskan usaha

Azhar Salleh said...

Salam DINDA WAHYU,
Saya membaca artikel itu dengan rasa terlalu amat bangga. Tahniah dan teruskan...

Citra Delima said...

Anakanda Ren,
Syabas,besar punya cerita, saya bangga dan tahniah dan teruskan berkarya...

Md Nizar Parman said...

Salam Dinda Wahyu,
Apabila membaca "Mazhab Cinta" ternyata ada kelainannya. Teruskan karya yang seperti ini.. Bangga amat!

Wahyu Budiwa Rendra said...

salam en.rusdi. terima kasih; mengutus maklum - yang pertama. dalam perjalanan saya singgah petronas beli akhbar. ya, bila lagi dbpws akan anjurkan pertadingan monodrama?

salam sdr.fadzli. terima kasih berkunjung & menitip jejak. saya akan cuba perbaiki lagi karya, dan selalu belajar.

salam kanda azhar. terima kasih. terima kasih membaca.

salam tn.hj. terima kasih tn.hj. saya belajar jua daripada banyak pengalaman tn.hj.

salam kanda nizar. terima kasih atas dorongan. banyak yang perlu saya perkemaskan lagi. insya-Allah.