Wednesday, April 07, 2010

Pameran Hartanah di Johor

Kepada pengumpul-pengumpul rumah dan yang sedang merancang membeli rumah. Ini masa terbaik untuk buat tinjauan lokasi dan harga rumah kediaman di Johor. Johor merupakan lokasi ke-3 selepas Kuala Lumpur dan Pulau Pinang yang pertumbuhan hartanah serta rumah kediamannya meningkat dengan baik. Pameran ini biasanya menjadi penghubung antara pembeli-pemaju-pembiaya. Ada dua pameran hartanah yang berbeza, tetapi diadakan serentak. Berikut butirannya :


1. Pameran Hartanah (Mapex)

  • Anjuran : REHDA (Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia)
  • Tempat : Expo @ Danga City Mall
  • Tarikh : 8hb. - 11hb. April 2010
  • laman web : rehda.com

2. Pameran Hartanah dan Hiasan Kediaman (HomeFair 10)

  • Penganjur : X Two Media Sdn Bhd
  • Tempat : Persada Johor
  • Tarikh : 9hb - 11hb. April 2010
  • laman web : homefair.com.my

Selamat membuat tinjauan lokasi.

4 comments:

Rusdi Abd Rahman said...

Sdra. Wahyu,
Diri ini akan ke sana untuk meninjau serta akan mengambil seberapa banyak brosur iklan dan penerangannya untuk dibuat kajian dan tulisan tentang penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Diri ini ada menulis tentang hal berkenaan dalam majalah Dewan Bahasa April 2010.

Azhar Salleh said...

Salam DINDA WAHYU,
Saya telah ke Persada, dan menarik juga pameran dan jualan di situ. Yang hadir ramai bukan Melayu. Terima kasih atas info ini. Sesekali, tulislah tentang perancangan hartanah, kerana saya percaya pembaca akan dapat banyak input yang mengujakan daripada Wahyu.

Wahyu Budiwa Rendra said...

salam en.rusdi yang dihormati. penggunaan bahasa melayu dalam iklan, memang minimum dan menyedihkan. di mana agaknya status bahasa kebangsaan?

Wahyu Budiwa Rendra said...

salam kanda azhar yang dikagumi.
saya pula ke pameran yang satu lagi. memang banyak pemaju perumahan. teringin juga nak tahu pameran di Persada, banyakkah pemaju perumahan yang mengambil bahagian?