Wednesday, July 07, 2010

18+12 sebab spontan

A) 18 sebab spontan, mengapa tidak beli rumah pada usia muda :
1. Duit deposit belum cukup, sedang kumpul.
2. Belum puas berliburan.
3. Masih muda.
4. Simpanan Kwsp belum banyak
5. Rumah mahal sangat
6. Lepas kahwin nanti baru beli
7. Beli kereta dahulu – hendak solek kereta.
8. Sewa lagi senang
9. Tumpang rumah ayah, boleh jimat.
10. Banyak sangat urusan, saya tidak faham.
11. Tunggu harga rumah turun(?).
12. Kadar ‘interest’ tinggi sangat.
13. Tiada tempat yang sesuai
14. Tidak mahu terikat dengan hutang – hendak beli rumah tunai.
15. Selesaikan hutang belajar dahulu.
16. Beli tanah, mahu bina rumah sendiri
17. Mahu melabur/menyimpan di tempat lain.
18. Biar suami saya saja yang beli.

B) 12 sebab spontan, mengapa beli rumah pada usia muda :
1. Kesedaran – rumah adalah keperluan.
2. Tidak perlu menyewa.
3. Pelaburan jangka panjang
4. Bayaran bulanan rendah, tempoh pinjam lama.
5. Tidak mahu membazir tanpa tujuan, lebih baik beli rumah.
6. Ada kemampuan.
7. Pelaburan selamat untuk keluarga andai kita yang ‘pergi’ dulu.
8. Lebih baik beli rumah daripada beli kereta.
9. Harga rumah semakin naik.
10. Untuk disewakan
11. Kawasan strategik, harga sesuai.
12. Mahu berdikari, duduk di rumah sendiri.

*Teman-teman pengunjung boleh bantu saya tambahkan mana-mana sebab.

2 comments:

Azhar Salleh said...

Salam DINDA WAHYU,
Rumah, lebih cenderung menjadi aset. Kereta, sangat menjurus kepada liabiliti. Ambil tindakan yang tepat dalam hal ini, kita akan tidur dengan lena...

Wahyu Budiwa Rendra said...

salam kanda azhar. t.kasih beri pandangan. bila agaknya kita boleh duduk semeja, berbual tentang subjek2 ini?