Friday, July 30, 2010

Dibaca ketika menunggu waktu berbuka puasa; sehari sebuah judul




Bersyukur kita kepada-Nya, insya-Allah pada 11 ogos 2010, kita bersua lagi dengan bulan puasa. Terbayang juga hidangan dan segala macam juadah. Kadangkala kita terlupa, seperti tahun-tahun lepas kita membeli juadah lebih daripada yang sepatutnya untuk menjamu selera. Kita juga kadangkala terlupa, sebenarnya bulan puasa adalah bulan untuk mengawal dan menjaga kesihatan.

Masih teringat sewaktu kecil-kecil, waktu berbukalah waktu yang ditunggu-tunggu. Setelah selesai membantu emak memotong cincau halus-halus, atau keluarkan kurma sebagai hidangan pembuka – dan semua juadah sudah siap di depan mata, jarum jam dan suara azan terasa lama untuk mengizinkan air sejuk itu lalu di kerongkong. Maklumlah, zaman kanak-kanak.

Antara lima ke sepuluh minit - ketika menunggu waktu berbuka puasa inilah, Warkah Alam sangat sesuai dibaca. Warkah Alam menghimpunkan 31 buah cerita motivasi santai dengan disisipkan kata-kata hikmah dan perangsang pada setiap cerita untuk difikirkan. Pada pandangan penulis, baca sehari sebuah cerita untuk mengelakkan 'dos' yang berlebihan. Pembaca dapat menyelesaikan setiap cerita dengan cepat, dan mungkin cuba merenungkan kembali isi cerita sewaktu meneruskan santapan berbuka.

Warkah Alam juga sesuai dijadikan tanda kenangan dan ingatan menjelang Ramadan dan Syawal 1431 ini kepada seseorang yang kita sayang mahupun insan yang kita tidak berapa suka. Yang sayang bertambah sayang, yang tidak berapa suka menjadi suka… :)

Nota : Dapatkan juga maklumat tambahan Warkah Alam di blog penulis bersama Mohd. Fadzli Abu Bakar.

10 comments:

Ampuan Awang said...

menarik buku ini, semoga manfaatnya terserlah sebaik saja membacanya. sobat dijemput melawat laman ambo yang entah apa-apa di:

http://puisikabur.blogspot.com/2010/07/oh-bama-kau-memang-tak-guna.html

mohamad kholid said...

tahniah ren... dalam diam muncul sebuah karya!

Wahyu Budiwa Rendra said...

saudara, terima kasih berziarah. akan saya lawati kelak. salam ramadan 1431H.

Wahyu Budiwa Rendra said...

terima kasih, bang kholid. usah lupa dapatkannya, ya!

FadzliAbuBakar said...

Buku ini lebih mantap dengan sentuhan karya seni penulisan saudara Rendra...

Unknown said...

Hebat buku ini..
Selain dr tgk jam menanti waktu berbuka, baik kita membaca.

Wahyu Budiwa Rendra said...

sdr. fadzli. terima kasih di atas usahasama ini.

Wahyu Budiwa Rendra said...

salam sdr.Jamiel. terima kasih berziarah & menitip pesan. selamat menyambut ramadan 1431 H.

NASSURY IBRAHIM said...

Tahniah. Anda penulis aktif

Wahyu Budiwa Rendra said...

salam ramadan sdr.nassury yang dihormati. terima kasih berkunjung & menitip jejak.