Saturday, August 07, 2010

Elegi Seorang Anak Perang

menggoncang bahumu
berulangkali,
menepuk dadamu
berulangkali,
memanggil namamu
berulangkali.

di atas pangkin batu -
darahmu mengalir
menetes ke ribaanku.
airmataku mengalir
menetes ke tubuhmu.

senguk bahuku
sebak dadaku,
sendu namaku
kau ulangi perlahan –
dan sunyi menderu.

kau bisu
kau kaku
aku kelu.

ibu,
dunia kita terpisah.
aku melorongi gelap
perang adalah gua;
pintu paling puaka.

w.b.rendra,
johor bahru.

(Berita Harian, 7 Ogos 2010)

2 comments:

Rusdi Abd Rahman said...

Sdra Wahyu,
Seperti biasa dan berterusan... ucapan tahniah atas tersiarnya puisi dalam media perdana.
Teruskan usaha gigih kerana sejak 'berdua' kini agak kurang sikit nampaknya karya yang tersiar...
Hehehe... sekadar gurauan.

Wahyu Budiwa Rendra said...

salam ramadan 1431H en.rusdi.
terima kasih en.rusdi. saya sambut kata-kata en.rusdi sebagai penguat & pemangkin untuk lebih berkarya. insya-Allah.