Friday, September 17, 2010

Setelah 11 Hari

Mengenang Allahyarham Ayahanda Dr.Gunawan Hj.Mahamood


Hari ini 17 September - setelah 11 hari, pemergiannya akan selalu dirasai. Saya sentiasa terkenang gurau, ketika berbual dan pengorbanannya. Meski kenyataan ini terlalu pahit. Cepat-cepat saya mengirimkan al-fatihah buat arwah. Dan mengerti tentang takdir.

Allahyarham Dr.Gunawan Hj.Mahamood adalah antara pencetus kepada minat saya kepada pembacaan, buku dan majalah. Beliau dan seorang lagi ayah saudara saya, Dr.Muliyadi Hj.Mahamood memupuk minat ini dalam diri melalui kiriman majalah ketika saya bersekolah rendah. Saya masih ingat Allahyarham Dr.Gunawan mengirim majalah Dewan Pelajar dan Dr.Muliyadi mengirim majalah Kuntum.

Kembalinya arwah pada 27 Ramadan 1431 Hijrah terkandung hikmah, Dia Maha Mengetahui. Namun, saya sebagai manusia biasa, rasa sayu ini sukar pergi begitu sahaja. Arwah antara ayah saudara yang rapat. Dan kami sekeluarga merasai, rasa sayu dan kehilangan itu tetap tebal sewaktu menyambut Syawal.

Saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada teman-teman penulis arwah yang hadir memberi penghormatan pada malam dan pagi sewaktu pengkebumian. Ramai yang hadir. Antaranya yang saya ingat pada sebelah malam, Tn.Hj.Shapiai, Cikgu Amiruddin dan Cikgu Ahmad Bahari. Pada sebelah pagi, Dr.Ibrahim Ghafar(Kemudi), teman-teman Persatuan Penulis Johor : Tn.Hj.Rosli, Tn.Hj.Khairy, Cikgu Hamzah dan Cikgu Hamzah.

Kenangan bersama arwah akan menjadi naskhah yang disimpan dan dibaca di dalam perpustakaan memori. Al-Fatihah buat Allahyarham Dr.Gunawan Hj.Mahamood.

- Sdr.Marsli N.O dan Tn.Hj.Shapiai turut menulis di blognya tentang Allahyarham.

4 comments:

a kl citizen said...

takziah atas pemergian.

moga Allah tempatkan roh beliau bersama para solihin dan dijauhkan dari azab kubur serta api neraka. ameen

Amran Zakaria, said...

Salam. Takziah dari saya untuk keluarga arwah yang juga kawan saya semasa di Dewan Amal Islami (DAMAI)

Ada masa sila kunjungi blog puisi saya :

bungabungapuisi.blogspot.com

Anonymous said...

salam. takziah dari saya kepada keluarga arwah yang juga kenalan saya sewaktu di Dewan Amal Islami (DAMAI)
Ada masa sila layari blog puisi saya : bungabungapuisi.blogspot.com

Md Nizar Parman said...

Salam takziah untuk Dinda Ren. Mudah-mudahan rohnya dicucuri rahmat. Dan, tahniah atas kemenangan dalam Sayembara Menulis Novel Sejarah Johor. Teruskan berkarya... Dinda Ren sememangnya mempunyai bakat kepengarangan yang besar.