kelmarin
kutemui ramadan,
kuluah
perasaan dalam sendu,
terlalu
banyak aku mengadu;
tentang
duga, noda dan nafsu,
masa
memang curiga-cemburu -
semalam
dia pergi meninggalkanku
lama
aku mendakap-erat, tiada janji
adakah
akan kutemui lagi, sendiri
masih
keliru; aku rancu-rindu.
sambil
melambai dia berpesan
aku
bakal bertemu syawal.
kata
ramadan kepadaku, tenang
dan
raikanlah kemenangan.
pagi
ini,
aku
menjabat senyummu, syawal.
temanmu
ramadan, masih wangi
dalam
ingatan.
-
w.
b. rendra,
Johor Bahru.
(Berita Harian Ahad, 12 Ogos 2013)
No comments:
Post a Comment