Thursday, November 02, 2006

Kehilangan : Sampai Menutup Mata

Rupa-rupanya kehilangan tidak semestinya kematian atau kepergian. Dalam sunyi dan senyap kehilangan menghantui seperti hadirnya gelap dalam dingin yang keterlaluan. Begitulah kehilangan kadangkala seperti terpadamnya api lilin dalam satu ruang kamar yang terang. Teraba-rabalah seseorang yang kehilangan itu.

Tetapi tidak kehilangan yang dimaksudkan ini seperti terpadamnya api lilin dalam satu ruang kamar yang terang, kerana kehilangan ini ini bukanlah kepergian. Tetapi, dimiliki. Siapalah kita yang mempunyai dan kemudian kehilangan setelah dimiliki. Dan dialah dia yang telah dimiliki membuatkan kita telah kehilangan. Dia tetap di situ selalu berlalu, yang seringkali menyalakan api lilin dalam satu ruang kamar menjadikannya terang. Tapi itu dahulu.

Dan kini, kita (?) kehilangan tidak kerana dia pergi tetapi dimiliki. Kita (?) merasa kehilangannya. Satu ruang kamar yang dulunya terang dinyalai api lilin – jarang benar diterangi lagi seperti dulu. Kerana kehilangannya yang jarang benar lalu di situ, setelah dimiliki.

3 comments:

Serunai Faqir aka SF said...

Apo romantis sangat tu Ren?

rozais al-anamy said...

salam Syawal,
terima kasih kerana sudi bertandang ke blog saya.
Kehilangan? Lagi haru kalau yang hilang itu ada di sisi, namun kita terasa kehilangannya.

SYARIFAH SALHA SYED AHMAD said...

Semoga kehilangan itu akan digantikan dengan kehadiran yang baru.